Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 7:12 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

12 Kemudian Samuel mendirikan sebuah batu di sempadan antara Mizpa dan Sen. Dia berkata, “TUHAN sudah menolong kita dengan sepenuhnya.” Oleh itu dia menamakan batu itu “Batu Pertolongan.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

12 Kemudian Samuel mengambil sebuah batu dan mendirikannya di antara Mizpa dengan Yesana. Dia menamainya Eben-Haezer, katanya, “Sampai di sini TUHAN telah menolong kita.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

12 Kemudian Samuel mendirikan sebuah batu di sempadan antara Mizpa dan Sen. Dia berkata, “TUHAN sudah menolong kita dengan sepenuhnya.” Oleh itu dia menamakan batu itu “Batu Pertolongan.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 7:12
18 Iomraidhean Croise  

Abraham menamakan tempat itu “TUHAN Menyediakan Apa Yang Diperlukan.” Sampai sekarang pun orang berkata, “Di atas gunung-Nya TUHAN menyediakan apa yang diperlukan.”


Yakub menegakkan sebuah batu peringatan di tempat Allah berfirman kepadanya. Kemudian Yakub mentahbiskan batu itu dengan menuang wain dan minyak zaitun di atasnya.


Engkau telah mengajar aku sejak masa mudaku; sampai sekarang aku menceritakan perbuatan-Mu yang menakjubkan itu.


Aku bergantung kepada-Mu seumur hidupku; sejak aku dilahirkan, Engkau melindungi aku. Aku akan sentiasa memuji Engkau.


Musa membina sebuah mazbah dan menamakannya “TUHAN Panjiku.”


Pada masa itu kelak, di negeri Mesir akan ada sebuah mazbah untuk TUHAN, dan sebuah tugu peringatan bagi-Nya di sempadan negeri.


Tetapi sehingga saat ini Allah telah menolong hamba, dan sekarang hamba berdiri di sini untuk memberikan kesaksian kepada semua orang, baik orang besar mahupun orang biasa. Apa yang hamba katakan sama dengan apa yang dikatakan oleh nabi-nabi dan Musa.


Dia sudah menyelamatkan kami daripada bahaya kematian yang besar itu, dan Dia akan menyelamatkan kami. Kepada Dialah kami berharap, kerana Dia akan menyelamatkan kami lagi.


Yosua juga menyusun dua belas buah batu di tengah-tengah Sungai Yordan, di tempat imam-imam itu berdiri. (Batu-batu itu masih ada di sana sampai sekarang.)


Selepas itu Raja Saul membina sebuah mazbah untuk TUHAN. Itulah mazbah pertama yang dibina oleh Raja Saul.


Setiap kali Samuel berkata-kata, semua orang Israel mendengarkan dia. Pada masa itu orang Filistin mengumpulkan tentera mereka untuk menyerang Israel. Oleh itu tentera Israel pun maju ke medan peperangan. Tentera Israel berkhemah di Eben-Haezer, dan tentera Filistin berkhemah di Afek.


Setelah orang Filistin merampas Tabut Perjanjian, mereka membawanya dari Eben-Haezer ke Asdod, kota mereka.


Tentera Israel keluar dari Mizpa lalu mengejar orang Filistin sehingga hampir sampai di Bet-Kar, sambil membunuh mereka di sepanjang jalan.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan