Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 7:10 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

10 Sedang Samuel mempersembahkan korban itu, orang Filistin mula menyerang mereka. Tetapi pada saat itu juga, TUHAN mengguntur dari langit untuk melawan orang Filistin. Mereka menjadi kacau-bilau lalu lari kebingungan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

10 Sementara Samuel mempersembahkan korban bakaran itu, orang Filistin maju mendekat untuk berperang melawan orang Israel. Akan tetapi, pada hari itu, kepada orang Filistin, TUHAN memperdengarkan bunyi guruh yang teramat kuat terhadap orang Filistin dan mengharu-birukan mereka sehingga pasukan mereka tumpas di hadapan orang Israel.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

10 Sedang Samuel mempersembahkan korban itu, orang Filistin mula menyerang mereka. Tetapi pada saat itu juga, TUHAN mengguntur dari langit untuk melawan orang Filistin. Mereka menjadi kacau-bilau lalu lari kebingungan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 7:10
21 Iomraidhean Croise  

Dia melepaskan anak panah-Nya dan mencerai-beraikan musuh-Nya; Dia memancarkan kilat sehingga menyebabkan mereka lari.


Allah yang mulia mengguntur di atas laut; suara TUHAN bergema di seluruh lautan.


Suara TUHAN kedengaran dengan penuh kuasa dan kemuliaan.


Dia memukul mundur musuh-musuh-Nya, dan mempermalukan mereka selama-lamanya;


Malaikat itu menyuruh aku menyampaikan perkhabaran TUHAN ini kepada Zerubabel, “Engkau akan berjaya bukan dengan kekuatan tentera ataupun kekuatanmu sendiri, melainkan dengan Roh-Ku.


TUHAN akan mengalahkan musuh apabila mereka menyerang kamu. Mereka akan melancarkan serangan dengan teratur, tetapi kemudian lari bertempiaran.


TUHAN menyebabkan orang Amori cemas apabila melihat tentera Israel. Orang Israel membunuh mereka di Gibeon dan mengejar musuh yang masih hidup, ke genting gunung di Bet-Horon sampai ke Azeka dan Makeda di selatan.


Ketika Barak dan tenteranya menyerang Sisera, TUHAN membingungkan Sisera bersama dengan seluruh tentera dan kereta kudanya. Sisera turun dari kereta kudanya, lalu melarikan diri.


Dari tempat peredaran bintang di angkasa, bintang turut berjuang melawan Sisera.


Kemudian perang berlaku di dalam negeri apabila orang Israel mula menyembah dewa. Tiada satu pun senjata yang diangkat oleh empat puluh ribu orang Israel.


Sekarang musim kemarau, bukan? Tetapi aku akan berdoa, lalu TUHAN akan menurunkan guruh dan hujan sebagai jawapan doaku. Apabila perkara itu berlaku, kamu akan sedar betapa besarnya dosa kamu terhadap TUHAN kerana minta seorang raja.”


Kejadian itu menggemparkan semua orang Filistin di kawasan luar bandar; pasukan perompak dan askar Filistin di perkhemahan gementar ketakutan; bahkan bumi pun bergegar, dan terjadilah keadaan kacau-bilau.


Musuh-musuh TUHAN akan binasa; Dia akan mengguntur dari langit untuk menentang mereka. TUHAN akan menghakimi seluruh dunia; Dia akan memberikan kuasa kepada raja, Dia juga akan memberikan kemenangan kepada raja pilihan-Nya.”


Tentera Israel keluar dari Mizpa lalu mengejar orang Filistin sehingga hampir sampai di Bet-Kar, sambil membunuh mereka di sepanjang jalan.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan