Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 6:9 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9 Perhatikanlah ke mana lembu itu pergi; jika Tabut Perjanjian itu dibawa ke arah negeri asalnya, ke kota Bet-Semes, hal itu bererti bahawa Allah orang Israel sudah mendatangkan bencana yang dahsyat itu kepada kita. Tetapi jika pedati itu tidak menuju ke sana, kita akan tahu bahawa bencana itu bukan daripada Allah Israel, melainkan kebetulan saja.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

9 Perhatikanlah, jika tabut itu menempuh jalan menuju daerahnya sendiri, iaitu ke Bet-Semes, maka Dialah yang telah mendatangkan malapetaka besar ini terhadap kita. Tetapi jika tidak, maka kita akan tahu bahawa bukan tangan-Nya yang menyerang kita. Kebetulan sahaja hal itu terjadi kepada kita.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9 Perhatikanlah ke mana lembu itu pergi; jika Tabut Perjanjian itu dibawa ke arah negeri asalnya, ke kota Bet-Semes, hal itu bererti bahawa Allah orang Israel sudah mendatangkan bencana yang dahsyat itu kepada kita. Tetapi jika pedati itu tidak menuju ke sana, kita akan tahu bahawa bencana itu bukan daripada Allah Israel, melainkan kebetulan saja.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 6:9
13 Iomraidhean Croise  

Pemuda itu menjawab, “Kebetulan saya berada di Gunung Gilboa, dan saya nampak Raja Saul bersandar pada tombaknya. Pada masa itu banyak kereta kuda dan pasukan berkuda musuh yang sudah mendekat untuk mengepung baginda.


Ben-Deker: kota Makas, Saalbim, Bet-Semes, Elon, dan Bet-Hanan


Oleh itu Raja Yehoas dari Israel berperang melawan Raja Amazia dari Yehuda. Mereka bertempur di Bet-Semes di Yehuda.


Apabila raja nampak bahawa semua katak sudah mati, raja menjadi degil semula. Raja tidak mahu mendengarkan kata-kata Musa dan Harun, sebagaimana yang telah difirmankan TUHAN.


Ada lagi yang aku dapati di dunia ini: pelari yang pantas tidak selalu menang, dan orang yang berani tidak selalu menang dalam pertempuran. Orang bijak tidak selalu dapat mencari nafkah, orang berakal tidak selalu menjadi kaya, dan orang yang handal tidak selalu memperoleh kedudukan yang tinggi. Nasib malang boleh menimpa setiap orang.


Musuh-Mu tidak tahu bahawa Engkau akan menghukum mereka. Ya TUHAN, permalukanlah mereka, dan biarlah mereka menderita. Biarlah mereka menanggung hukuman yang Engkau sediakan bagi mereka. Biarlah mereka melihat betapa besarnya kasih-Mu bagi umat-Mu.


Jika trompet tanda perang dibunyikan, tidakkah orang di kota ketakutan? Bolehkah bencana menimpa sesuatu kota, jika TUHAN tidak mendatangkan bencana itu?


Kebetulan pada masa itu seorang imam lalu di situ. Apabila dia melihat orang itu, dia menyeberang jalan dan meneruskan perjalanan.


lalu mengelilingi bahagian barat Baala ke arah perbukitan Edom dan menghala ke bahagian utara Gunung Yearim (atau Gunung Kesalon), lalu turun ke Bet-Semes dan kemudian ke Timna.


Ain, Yuta, dan Bet-Semes bersama dengan padang rumput di sekelilingnya; semuanya sembilan buah kota daripada suku Yehuda dan Simeon.


Orang Filistin itu menurut; mereka mengambil kedua-dua ekor lembu yang sedang menyusui anak, lalu menambat kedua-dua ekor lembu itu pada pedati, sedangkan anak-anak lembu itu dikurung di dalam kandang.


Lembu-lembu itu berjalan menuju ke arah Bet-Semes; lembu-lembu itu menguak sambil berjalan terus, tanpa menyimpang ke kiri atau ke kanan dari jalan raya. Kelima-lima orang raja Filistin terus mengikuti lembu-lembu itu sampai ke sempadan kota Bet-Semes.


Mereka menjawab, “Jangan kembalikan Tabut Perjanjian Allah Israel dengan tidak menyertakan apa-apa persembahan untuk Dia. Tabut itu mesti disertai persembahan untuk menebus dosa kamu. Dengan demikian kamu akan disembuhkan, dan kamu akan mengetahui apa sebabnya Allah Israel terus-menerus menghukum kamu.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan