Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 6:4 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Orang Filistin bertanya lagi, “Persembahan apakah yang harus kami hantarkan?” Mereka menjawab, “Hantarkanlah lima bengkak tiruan daripada emas dan juga lima tikus tiruan daripada emas, sesuai dengan jumlah raja Filistin. Bencana yang sama sudah menimpa kamu semua, baik rakyat mahupun raja.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

4 Sesudah itu bertanyalah mereka, “Apakah korban penebus kesalahan yang harus kami bayar kepada-Nya?” Jawab mereka, “Menurut jumlah para raja kota Filistin, lima ketumbuhan emas dan lima ekor tikus emas, kerana wabak yang sama menimpa kamu semua dan raja-raja kotamu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Orang Filistin bertanya lagi, “Persembahan apakah yang harus kami hantarkan?” Mereka menjawab, “Hantarkanlah lima bengkak tiruan daripada emas dan juga lima tikus tiruan daripada emas, sesuai dengan jumlah raja Filistin. Bencana yang sama sudah menimpa kamu semua, baik rakyat mahupun raja.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 6:4
10 Iomraidhean Croise  

Orang Israel telah melakukan apa yang disuruh oleh Musa. Mereka telah meminta barang kemas yang dibuat daripada perak dan emas, serta pakaian daripada orang Mesir.


dan juga seluruh wilayah Awi ke arah selatan. (Tanah dari Sungai Sikhor di sempadan Mesir, sampai ke sempadan Ekron di utara, dianggap sebagai tanah orang Kanaan; raja-raja orang Filistin tinggal di Gaza, Asdod, Askelon, Gat, dan Ekron.)


Tiba-tiba Simson menjadi kuat oleh kuasa TUHAN, lalu dia pergi ke Askelon dan membunuh tiga puluh orang lelaki di sana. Dia mengambil pakaian baik yang dipakai mereka lalu memberikannya kepada tiga puluh orang yang telah menjawab teka-tekinya itu. Selepas itu, dia pulang ke rumah dengan hati yang kesal dan marah.


Bangsa-bangsa yang masih tinggal di Kanaan ialah bangsa yang tinggal di lima buah kota Filistin, semua bangsa Kanaan, bangsa Sidon, dan bangsa Hewi yang tinggal di Pergunungan Lebanon, bermula dari Gunung Baal-Hermon sampai ke Genting Hamat.


Orang yang tidak mati, ditimpa penyakit bengkak-bengkak sehingga penduduk kota itu berteriak minta tolong kepada dewa-dewa mereka.


TUHAN menghukum penduduk Asdod dengan berat sekali, dan menakutkan mereka. Dia menghukum mereka dan penduduk di daerah sekitar dengan bengkak-bengkak pada tubuh mereka.


Tetapi setelah Tabut itu sampai di sana, TUHAN menghukum penduduk kota itu juga dan menimbulkan keadaan yang sangat mencemaskan. TUHAN menghukum semua penduduk dengan bengkak-bengkak pada tubuh mereka, baik orang muda mahupun orang tua.


Kamu mesti membuat tiruan daripada bengkak-bengkak dan tikus yang sedang mengganas di negeri kamu. Dengan demikian kamu memberikan penghormatan kepada Allah Israel. Mungkin Dia akan berhenti menghukum kamu, dewa, dan tanah kamu.


Kemudian ambillah Tabut Perjanjian TUHAN, naikkannya ke atas pedati, dan di sebelahnya letakkanlah peti yang berisi benda-benda emas yang harus kamu persembahkan kepada TUHAN untuk menebus dosa kamu. Biarlah pedati dan lembu itu berjalan sendiri.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan