Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 6:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Mereka menjawab, “Jangan kembalikan Tabut Perjanjian Allah Israel dengan tidak menyertakan apa-apa persembahan untuk Dia. Tabut itu mesti disertai persembahan untuk menebus dosa kamu. Dengan demikian kamu akan disembuhkan, dan kamu akan mengetahui apa sebabnya Allah Israel terus-menerus menghukum kamu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

3 Lalu kata mereka, “Apabila kamu menghantar tabut Allah Israel itu, janganlah kamu menghantarnya dengan tangan kosong. Sebaliknya, hendaklah kamu membayar dengan korban penebus kesalahan kepada-Nya; maka kamu akan menjadi sembuh dan kamu akan tahu mengapa tangan-Nya tidak ditarik balik daripadamu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Mereka menjawab, “Jangan kembalikan Tabut Perjanjian Allah Israel dengan tidak menyertakan apa-apa persembahan untuk Dia. Tabut itu mesti disertai persembahan untuk menebus dosa kamu. Dengan demikian kamu akan disembuhkan, dan kamu akan mengetahui apa sebabnya Allah Israel terus-menerus menghukum kamu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 6:3
15 Iomraidhean Croise  

Ya Allah, janganlah salahkan aku. Beritahulah aku tuduhan-Mu terhadapku.


Dalam bulan Abib, adakanlah Perayaan Roti Tidak Beragi menurut cara yang telah Aku perintahkan, kerana dalam bulan itu kamu meninggalkan Mesir. Jangan makan roti yang beragi sepanjang tujuh hari perayaan itu. Setiap kali kamu datang beribadat kepada-Ku, kamu mesti membawa persembahan.


Tetapi kamu harus menebus setiap anak sulung keldai kamu dengan mempersembahkan seekor domba sebagai penggantinya. Jika kamu tidak menebus keldai itu, patahkanlah lehernya. Kamu harus menebus setiap anak lelaki sulung kamu. Tidak seorang pun boleh menghadap Aku tanpa membawa persembahan.


Apabila raja nampak bahawa semua katak sudah mati, raja menjadi degil semula. Raja tidak mahu mendengarkan kata-kata Musa dan Harun, sebagaimana yang telah difirmankan TUHAN.


Sebagai hukuman dosanya itu, orang itu mesti mempersembahkan seekor domba betina atau seekor kambing betina kepada TUHAN. Imam harus mempersembahkan korban untuk mengampunkan dosa orang itu.


Orang yang bersalah itu harus membawa seekor domba jantan atau seekor kambing jantan yang tidak ada cacat kepada imam sebagai korban untuk membayar ganti rugi kepada TUHAN. Harganya harus dinilai menurut apa yang ditetapkan di Khemah TUHAN.


Semua orang lelaki bangsa kamu mesti datang untuk beribadat kepada TUHAN, Allah kamu tiga kali setahun, di satu tempat ibadat: pada Perayaan Paska, Perayaan Menuai, dan Perayaan Pondok Daun. Setiap orang lelaki harus membawa persembahan


Oleh itu mereka memanggil semua raja Filistin berkumpul, lalu berkata, “Hantarlah Tabut Perjanjian Allah Israel itu ke tempat asalnya, supaya tidak dapat membunuh kami dan keluarga kami.” Segenap penduduk kota itu cemas kerana Allah menghukum mereka dengan sangat berat.


Ketika mereka nampak apa yang sedang berlaku, mereka berkata, “Allah Israel menghukum kita dan Dagon, dewa kita. Kita tidak boleh membiarkan Tabut Perjanjian itu tinggal di sini lagi.”


Tetapi setelah Tabut itu sampai di sana, TUHAN menghukum penduduk kota itu juga dan menimbulkan keadaan yang sangat mencemaskan. TUHAN menghukum semua penduduk dengan bengkak-bengkak pada tubuh mereka, baik orang muda mahupun orang tua.


Kemudian ambillah Tabut Perjanjian TUHAN, naikkannya ke atas pedati, dan di sebelahnya letakkanlah peti yang berisi benda-benda emas yang harus kamu persembahkan kepada TUHAN untuk menebus dosa kamu. Biarlah pedati dan lembu itu berjalan sendiri.


Perhatikanlah ke mana lembu itu pergi; jika Tabut Perjanjian itu dibawa ke arah negeri asalnya, ke kota Bet-Semes, hal itu bererti bahawa Allah orang Israel sudah mendatangkan bencana yang dahsyat itu kepada kita. Tetapi jika pedati itu tidak menuju ke sana, kita akan tahu bahawa bencana itu bukan daripada Allah Israel, melainkan kebetulan saja.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan