Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 5:8 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

8 Oleh itu mereka menjemput kelima-lima orang raja Filistin supaya berkumpul, lalu bertanya, “Apakah yang harus kita lakukan dengan Tabut Perjanjian Allah umat Israel itu?” Raja-raja itu menjawab, “Pindahkanlah Tabut itu ke kota Gat.” Lalu Tabut itu dipindahkan ke Gat, sebuah kota Filistin yang lain.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

8 Oleh sebab itu, mereka meminta agar semua raja kota orang Filistin dikumpulkan, lalu bertanya, “Apakah yang harus kita lakukan dengan tabut Allah Israel ini?” Jawab mereka, “Pindahkan tabut Allah Israel itu ke Gat.” Lalu mereka memindahkan tabut Allah Israel itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

8 Oleh itu mereka menjemput kelima-lima orang raja Filistin supaya berkumpul, lalu bertanya, “Apakah yang harus kita lakukan dengan Tabut Perjanjian Allah umat Israel itu?” Raja-raja itu menjawab, “Pindahkanlah Tabut itu ke kota Gat.” Lalu Tabut itu dipindahkan ke Gat, sebuah kota Filistin yang lain.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 5:8
11 Iomraidhean Croise  

Tetapi sekarang pergilah melihat kota Kalne. Berjalanlah terus ke kota Hamat yang besar, kemudian ke kota Gat di Filistin. Adakah kamu menyangka bahawa kota-kota itu lebih baik daripada kerajaan Yehuda dan Israel? Adakah wilayah mereka lebih besar daripada wilayah kamu?


Pada masa itu kelak, Aku akan menjadikan Yerusalem seperti batu yang berat. Mana-mana bangsa yang cuba mengangkatnya akan cedera. Semua bangsa di bumi ini akan bersekutu untuk menyerang Yerusalem.


dan juga seluruh wilayah Awi ke arah selatan. (Tanah dari Sungai Sikhor di sempadan Mesir, sampai ke sempadan Ekron di utara, dianggap sebagai tanah orang Kanaan; raja-raja orang Filistin tinggal di Gaza, Asdod, Askelon, Gat, dan Ekron.)


Dari situ sempadan itu menuju ke bukit di sebelah utara Ekron, membelok ke arah Sikron, melalui Gunung Baala sampai ke Yabneel. Sempadan itu berakhir di Laut Tengah,


Seorang lelaki yang bernama Goliat, dari kota Gat, keluar dari perkhemahan Filistin untuk mencabar orang Israel. Tinggi orang itu kira-kira tiga meter.


Orang Israel dan Yehuda bersorak, lalu mengejar mereka sampai ke Gat dan pintu gerbang Ekron. Orang Filistin yang terluka bergelimpangan sepanjang jalan ke Saaraim, sampai ke Gat dan Ekron.


Raja Akhis memanggil Daud dan bertitah kepadanya, “Beta bersumpah demi TUHAN yang hidup, yang disembah Israel bahawa kamu setia kepada beta. Beta suka kamu mengikut beta dalam pertempuran ini kerana sejak kamu datang kepada beta, belum pernah kamu bersalah terhadap beta. Tetapi raja-raja yang lain tidak berkenan kepadamu.


Oleh itu mereka memanggil semua raja Filistin berkumpul, lalu berkata, “Hantarlah Tabut Perjanjian Allah Israel itu ke tempat asalnya, supaya tidak dapat membunuh kami dan keluarga kami.” Segenap penduduk kota itu cemas kerana Allah menghukum mereka dengan sangat berat.


Ketika mereka nampak apa yang sedang berlaku, mereka berkata, “Allah Israel menghukum kita dan Dagon, dewa kita. Kita tidak boleh membiarkan Tabut Perjanjian itu tinggal di sini lagi.”


orang Filistin memanggil para imam dan ahli sihir, lalu bertanya, “Apakah yang harus kita lakukan dengan Tabut Perjanjian TUHAN itu? Jika Tabut itu kita kembalikan ke tempatnya, apakah benda yang patut dikirim bersama-samanya?”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan