Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 5:7 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

7 Ketika mereka nampak apa yang sedang berlaku, mereka berkata, “Allah Israel menghukum kita dan Dagon, dewa kita. Kita tidak boleh membiarkan Tabut Perjanjian itu tinggal di sini lagi.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

7 Setelah orang Asdod menyedari apa yang terjadi, berkatalah mereka, “Tabut Allah Israel ini tidak boleh tinggal bersama-sama kita, kerana tangan-Nya menimpa kita dan juga Dagon tuhan kita dengan berat.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

7 Ketika mereka nampak apa yang sedang berlaku, mereka berkata, “Allah Israel menghukum kita dan Dagon, dewa kita. Kita tidak boleh membiarkan Tabut Perjanjian itu tinggal di sini lagi.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 5:7
15 Iomraidhean Croise  

Tetapi Raja Daud takut juga akan TUHAN. Raja Daud bertitah, “Sekarang bagaimanakah beta dapat membawa Tabut Perjanjian itu?”


Ketika Tabut itu dipindahkan pada kali pertama, kamu tidak berada di situ untuk memikulnya. Oleh itu TUHAN, Allah kita, menghukum kita kerana kita tidak meminta petunjuk daripada-Nya.”


Para pegawai raja berkata kepada raja, “Berapa lama lagi orang itu harus menyusahkan kita? Biarkanlah orang Israel pergi supaya mereka dapat beribadat kepada TUHAN, Allah mereka. Lihatlah, negeri kita ini sudah hancur!”


Orang Mesir mendesak orang Israel agar meninggalkan negeri mereka dengan segera. Orang Mesir berkata, “Kami semua akan mati jika kamu tidak meninggalkan tempat ini.”


Raja bertitah, “Beta akan membenarkan kamu pergi ke padang gurun untuk mempersembahkan korban kepada TUHAN, Allah kamu, asal kamu tidak pergi terlalu jauh. Berdoalah untuk beta.”


Raja memanggil Musa dan Harun, lalu bertitah, “Berdoalah kepada TUHAN supaya Dia menghapuskan katak-katak ini, maka beta akan membenarkan bangsa kamu pergi, agar mereka dapat mempersembahkan korban kepada TUHAN.”


Berdoalah kepada TUHAN. Kami sudah cukup menderita kerana guruh dan hujan batu ini. Beta berjanji untuk membenarkan kamu pergi. Kamu tidak usah tinggal di sini lagi.”


TUHAN Yang Maha Kuasa, Allah Israel berfirman, “Aku akan menghukum Amon, dewa kota Tebe bersama dengan Mesir dan dewa-dewa serta raja-rajanya. Aku akan mengambil raja Mesir dan semua yang berharap kepadanya,


Hai Moab, engkau berharap kepada kekuatan dan kekayaanmu, tetapi sekarang engkau pun akan dikalahkan; Kamos, dewa kamu, bersama dengan para imam dan pegawai pemerintah akan dibuang ke negeri lain.


Siapakah yang dapat menyelamatkan kita daripada dewa-dewa yang kuat itu? Dewa-dewa itulah yang telah membinasakan orang Mesir di padang gurun dahulu.


TUHAN menghukum penduduk Asdod dengan berat sekali, dan menakutkan mereka. Dia menghukum mereka dan penduduk di daerah sekitar dengan bengkak-bengkak pada tubuh mereka.


Oleh itu mereka menjemput kelima-lima orang raja Filistin supaya berkumpul, lalu bertanya, “Apakah yang harus kita lakukan dengan Tabut Perjanjian Allah umat Israel itu?” Raja-raja itu menjawab, “Pindahkanlah Tabut itu ke kota Gat.” Lalu Tabut itu dipindahkan ke Gat, sebuah kota Filistin yang lain.


Penduduk Bet-Semes berkata, “Siapakah yang sanggup menghadap TUHAN, Allah yang suci? Ke manakah harus kita hantarkan Dia supaya jauh daripada kita?”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan