Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 5:6 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

6 TUHAN menghukum penduduk Asdod dengan berat sekali, dan menakutkan mereka. Dia menghukum mereka dan penduduk di daerah sekitar dengan bengkak-bengkak pada tubuh mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

6 Begitu berat tekanan tangan TUHAN atas orang Asdod, bahkan Dia membinasakan Asdod dan menimpa daerah-daerahnya dengan ketumbuhan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

6 TUHAN menghukum penduduk Asdod dengan berat sekali, dan menakutkan mereka. Dia menghukum mereka dan penduduk di daerah sekitar dengan bengkak-bengkak pada tubuh mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 5:6
13 Iomraidhean Croise  

Dia mendatangkan kecelakaan dan kemusnahan kepada mereka yang melakukan kesalahan.


Dia melindungi semua orang yang mengasihi Dia, tetapi Dia membinasakan orang yang jahat.


Dia memberikan kuasa kepada orang yang tertindas, tetapi Dia mengalahkan dan mempermalukan orang jahat.


Siang malam Engkau menghukum aku, ya TUHAN; tenagaku habis seperti embun diserap terik matahari.


Dia memukul mundur musuh-musuh-Nya, dan mempermalukan mereka selama-lamanya;


Aku akan menghukum engkau. Aku akan mendatangkan penyakit yang dahsyat kepada semua ternakanmu: kuda, keldai, unta, lembu, domba, dan kambing.


Tuhan akan menghukum kamu sekarang juga. Kamu akan menjadi buta, dan tidak dapat melihat cahaya matahari untuk sementara waktu.” Pada saat itu juga Elimas merasa kabus gelap menutupi matanya, sehingga dia berjalan sambil meraba-raba mencari orang yang dapat menuntunnya.


TUHAN akan mendatangkan bisul pada tubuh kamu seperti yang dilakukan-Nya kepada orang Mesir dahulu. Kulit kamu akan diliputi kudis dan keruping yang gatal, tetapi tidak ada ubatnya.


Oleh itu mereka memanggil semua raja Filistin berkumpul, lalu berkata, “Hantarlah Tabut Perjanjian Allah Israel itu ke tempat asalnya, supaya tidak dapat membunuh kami dan keluarga kami.” Segenap penduduk kota itu cemas kerana Allah menghukum mereka dengan sangat berat.


Ketika mereka nampak apa yang sedang berlaku, mereka berkata, “Allah Israel menghukum kita dan Dagon, dewa kita. Kita tidak boleh membiarkan Tabut Perjanjian itu tinggal di sini lagi.”


Tetapi setelah Tabut itu sampai di sana, TUHAN menghukum penduduk kota itu juga dan menimbulkan keadaan yang sangat mencemaskan. TUHAN menghukum semua penduduk dengan bengkak-bengkak pada tubuh mereka, baik orang muda mahupun orang tua.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan