Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 5:4 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Pada keesokan harinya, mereka nampak patung itu terjatuh lagi di hadapan Tabut Perjanjian. Kali ini kepala patung itu dan kedua-dua lengannya terpenggal dan terletak di ambang pintu; hanya badan patung itu yang masih utuh. (

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

4 Tetapi keesokan harinya ketika mereka bangun pagi-pagi, tampaklah Dagon terjatuh dengan mukanya tersembam ke tanah di hadapan tabut TUHAN, sementara kepala Dagon dan kedua-dua belah tangannya terpenggal dan terpelanting ke ambang pintu, yang tinggal hanya badan Dagon itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Pada keesokan harinya, mereka nampak patung itu terjatuh lagi di hadapan Tabut Perjanjian. Kali ini kepala patung itu dan kedua-dua lengannya terpenggal dan terletak di ambang pintu; hanya badan patung itu yang masih utuh. (

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 5:4
11 Iomraidhean Croise  

Dosa Israel hanya dapat diampunkan apabila batu mazbah dewa-dewa telah dihancurkan sehingga menjadi seperti kapur, dan tiada lagi mazbah untuk membakar kemenyan, dan tiada lagi lambang-lambang Dewi Asyera.


Orang yang tidak mampu membeli perak atau emas, memilih kayu yang tidak mudah reput. Dia mencari tukang yang pandai untuk membuat patung yang tidak akan jatuh.


Hai umat, kamu harus memberitahu mereka bahawa dewa-dewa yang tidak menciptakan langit dan bumi akan dibinasakan. Dewa-dewa itu akan lenyap dari muka bumi.)


Melihat semua itu manusia sedar bahawa mereka bodoh dan tidak mempunyai pengertian. Orang yang membuat berhala berasa hampa kerana berhala buatan mereka itu palsu dan tidak bernyawa.


Berhala-berhala itu tidak berguna dan sepatutnya dihina. Semuanya akan dimusnahkan apabila TUHAN datang untuk menjatuhkan hukuman.


“Khabarkanlah berita itu kepada bangsa-bangsa! Isytiharkanlah berita itu! Kibarkanlah panji-panji dan umumkanlah berita itu! Janganlah rahsiakan berita itu! Kota Babel telah jatuh! Merodakh, dewanya telah dihancurkan! Berhala-berhala Babel telah dipermalukan, patung-patungnya yang menjijikkan telah diremukkan!


Pada waktu dia pulang ke Mesir, dia akan membawa patung-patung dewa mereka, serta alat-alat emas dan perak yang ditahbiskan untuk dewa-dewa itu. Selama beberapa tahun dia tidak akan memerangi Siria.


Semua berhalanya akan dihancurkan, dan setiap benda yang sudah diberikan kepada pelacur di kuil akan dimusnahkan oleh api. Semua patung berhalanya akan menjadi tumpukan sampah. Samaria mendapat benda-benda itu sebagai hasil pemujaan kepada dewa kesuburan; sekarang musuhnya pula akan membawa benda-benda itu untuk diberikan kepada pelacur-pelacur di kuil lain.”


Kamu mesti membuat tiruan daripada bengkak-bengkak dan tikus yang sedang mengganas di negeri kamu. Dengan demikian kamu memberikan penghormatan kepada Allah Israel. Mungkin Dia akan berhenti menghukum kamu, dewa, dan tanah kamu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan