Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 5:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Keesokan paginya, ketika penduduk Asdod pergi ke kuil itu, mereka nampak patung Dagon tertelungkup ke tanah di hadapan Tabut Perjanjian TUHAN. Kemudian mereka mengangkat patung itu dan mengembalikannya ke tempatnya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

3 Keesokan harinya, ketika orang Asdod bangun pagi-pagi, tampaklah Dagon terjatuh dengan mukanya menyembam ke tanah di hadapan tabut TUHAN; lalu mereka mengambil Dagon dan mengembalikannya ke tempatnya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Keesokan paginya, ketika penduduk Asdod pergi ke kuil itu, mereka nampak patung Dagon tertelungkup ke tanah di hadapan Tabut Perjanjian TUHAN. Kemudian mereka mengangkat patung itu dan mengembalikannya ke tempatnya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 5:3
17 Iomraidhean Croise  

Mereka mengambil seekor lembu jantan yang telah diberikan kepada mereka, menyiapkannya, lalu berdoa kepada Baal sehingga tengah hari. Mereka berseru, “Jawablah kami, ya Baal!” Mereka berbuat demikian sambil menari-nari di sekeliling mazbah yang telah dibina, tetapi tidak ada jawapan.


mempunyai tangan tetapi tidak dapat meraba, mempunyai kaki tetapi tidak dapat berjalan; berhala-berhala itu tidak dapat bersuara.


Semua orang yang menyembah berhala dipermalukan, semua dewa bersujud di hadapan TUHAN.


Pada malam itu Aku akan menjelajahi seluruh negeri Mesir, dan membunuh setiap anak lelaki sulung, serta setiap anak jantan sulung binatang. Aku akan menghukum semua dewa di Mesir; Akulah TUHAN.


Inilah perkhabaran TUHAN tentang Mesir. TUHAN datang ke Mesir mengendarai awan yang laju. Berhala-berhala Mesir gementar di hadapan-Nya dan penduduk Mesir hilang semangat.


Orang yang tidak mampu membeli perak atau emas, memilih kayu yang tidak mudah reput. Dia mencari tukang yang pandai untuk membuat patung yang tidak akan jatuh.


Tukang kayu menguatkan hati tukang emas, dan orang yang memipihkan logam dengan tukul, memuji orang yang menempa logam pada landasan. Mereka berkata tentang pematerian, ‘Sungguh baik hasil kerja ini.’ Lalu mereka menguatkan patung itu dengan paku.


Mereka mengangkat lalu memikul berhala itu di atas bahu, mereka menegakkan berhala itu di tempatnya, dan berhala itu tidak dapat bergerak dari situ. Jika orang berdoa kepadanya, berhala itu tidak dapat menjawab, dan tidak dapat menyelamatkan orang daripada malapetaka.


Mereka semua bebal dan bodoh. Apakah yang dapat dipelajari mereka daripada patung berhala yang dibuat daripada kayu?


TUHAN akan menyebabkan mereka sangat ketakutan. Dia akan menghancurkan dewa-dewa di bumi. Kemudian semua bangsa akan beribadat kepada TUHAN, masing-masing di negeri sendiri.


Setiap kali orang yang dirasuk roh jahat nampak Dia, mereka sujud di hadapan-Nya dan berseru, “Engkaulah Anak Allah!”


Selepas Tabut Perjanjian TUHAN berada di negeri orang Filistin selama tujuh bulan,


Kamu mesti membuat tiruan daripada bengkak-bengkak dan tikus yang sedang mengganas di negeri kamu. Dengan demikian kamu memberikan penghormatan kepada Allah Israel. Mungkin Dia akan berhenti menghukum kamu, dewa, dan tanah kamu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan