Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 5:2 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Di kota itu, mereka membawa Tabut Perjanjian ke dalam kuil Dagon, dewa mereka. Mereka meletakkan Tabut itu di sisi patung dewa itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

2 Kemudian orang Filistin membawa tabut Allah itu masuk ke kuil Dagon, dan meletakkannya di samping patung Dagon itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Di kota itu, mereka membawa Tabut Perjanjian ke dalam kuil Dagon, dewa mereka. Mereka meletakkan Tabut itu di sisi patung dewa itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 5:2
7 Iomraidhean Croise  

Mereka menyimpan baju zirah Raja Saul di dalam salah sebuah kuil mereka, dan menggantungkan kepala Raja Saul di dalam kuil Dagon, dewa mereka.


Sehari selepas pertempuran itu, orang Filistin merompak mayat-mayat tentera Israel. Mereka menjumpai jenazah Raja Saul dan tiga orang puteranya di Gunung Gilboa.


Dalam keadaan mabuk, Raja Belsyazar memberikan perintah untuk mengambil mangkuk-mangkuk yang dibuat daripada emas dan perak yang dirampas ayahandanya, Raja Nebukadnezar dari Rumah TUHAN di Yerusalem. Raja Belsyazar meminta mangkuk-mangkuk itu agar baginda, para pembesarnya, serta semua isteri dan gundik raja dapat minum dari mangkuk-mangkuk itu.


Tuanku telah menentang Tuhan penguasa di syurga. Tuanku telah menggunakan mangkuk-mangkuk yang diambil dari Rumah TUHAN. Tuanku, para pembesar tuanku, semua isteri, dan gundik tuanku telah minum wain daripada mangkuk-mangkuk itu, serta memuji dewa-dewa yang dibuat daripada emas, perak, gangsa, besi, kayu, dan batu - dewa-dewa yang tidak dapat melihat, atau mendengar, atau mengetahui apa-apa. Tuanku tidak menghormati Allah yang berkuasa menentukan sama ada tuanku hidup atau mati, dan yang menguasai segala perbuatan tuanku.


Kemudian mereka bergegas pergi seperti tiupan angin. Mereka bersalah kerana mendewakan kekuatan sendiri.”


Bahkan mereka menyembah jala mereka dan mempersembahkan korban kepada jala itu, kerana jala memberi mereka rezeki berlimpah-limpah dan hidup mewah.


Pada suatu hari, raja-raja Filistin berkumpul untuk berpesta dan mempersembahkan korban secara besar-besaran kepada Dagon, dewa mereka. Raja-raja bertitah, “Dewa kita telah memberi kita kemenangan atas Simson, musuh kita!”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan