1 Samuel 5:10 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)10 Oleh itu mereka menghantar Tabut Perjanjian ke Ekron, sebuah kota Filistin yang lain lagi. Tetapi apabila Tabut tiba di sana, penduduk kota itu berkata, “Lihatlah, mereka membawa Tabut Perjanjian Allah Israel ke mari untuk membunuh kita semua!” Faic an caibideilAlkitab Versi Borneo10 Lalu mereka menghantar tabut Allah itu ke Ekron. Tetapi apabila tabut Allah tiba di Ekron, menjeritlah orang Ekron. Kata mereka, “Mereka memindahkan tabut Allah Israel ini ke tempat kita untuk mematikan kita dan rakyat kita!” Faic an caibideilAlkitab Berita Baik10 Oleh itu mereka menghantar Tabut Perjanjian ke Ekron, sebuah kota Filistin yang lain lagi. Tetapi apabila Tabut tiba di sana, penduduk kota itu berkata, “Lihatlah, mereka membawa Tabut Perjanjian Allah Israel ke mari untuk membunuh kita semua!” Faic an caibideil |
TUHAN menolong suku Yehuda sehingga mereka berjaya menduduki kawasan perbukitan. Tetapi mereka tidak berjaya merebut kota Gaza, Askelon, dan Ekron, serta kawasan di sekitar semua kota itu. Suku Yehuda tidak berjaya mengusir penduduk yang tinggal di sepanjang pantai itu, kerana penduduk di sana mempunyai kereta kuda yang dibuat daripada besi.