Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 4:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Apabila tentera Israel yang masih hidup pulang ke perkhemahan, para pemimpin Israel berkata, “Mengapakah TUHAN membiarkan tentera Filistin mengalahkan kita hari ini? Marilah kita membawa Tabut Perjanjian TUHAN dari Silo, supaya Dia akan menyertai kita dan menyelamatkan kita daripada musuh.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

3 Ketika anggota pasukan yang selamat sampai di perkhemahan, berkatalah para tua-tua Israel, “Mengapakah hari ini TUHAN membuat kita kalah di hadapan orang Filistin? Mari kita membawa tabut perjanjian TUHAN dari Silo ke sini, supaya Dia hadir antara kita dan menyelamatkan kita daripada tangan musuh-musuh kita ini.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Apabila tentera Israel yang masih hidup pulang ke perkhemahan, para pemimpin Israel berkata, “Mengapakah TUHAN membiarkan tentera Filistin mengalahkan kita hari ini? Marilah kita membawa Tabut Perjanjian TUHAN dari Silo, supaya Dia akan menyertai kita dan menyelamatkan kita daripada musuh.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 4:3
34 Iomraidhean Croise  

Kemudian raja bertitah kepada Zadok, “Kembalikanlah Tabut Perjanjian itu ke kota. Jika TUHAN berkenan kepada beta, tentu Dia akan mengizinkan beta kembali dan melihat Tabut Perjanjian itu lagi, dan juga tempat Tabut Perjanjian itu disimpan.


Pada suatu hari, apabila Raja Daud sudah menetap di istana baginda, Raja Daud memanggil Nabi Natan dan bertitah, “Lihat, beta tinggal di istana yang dibuat daripada kayu sedar, sedangkan Tabut Perjanjian TUHAN hanya di dalam khemah!”


Sajak Asaf. Mengapakah Engkau meninggalkan kami begini, ya Allah? Murkakah Engkau kepada umat-Mu selama-lamanya?


Mengapakah Engkau enggan menolong kami? Mengapakah Engkau tidak melakukan apa-apa untuk membantu kami?


TUHAN berfirman, “Jangan sangka bahawa Aku mengusir kamu umat-Ku, seperti seorang suami menceraikan isterinya. Jika demikian, di manakah surat cerai itu? Adakah kamu menyangka bahawa Aku menjual kamu seperti seorang bapa menjual anaknya kepada penagih hutang? Tidak, kamu ditawan kerana dosa kamu; kamu dibuang kerana kejahatan yang telah kamu lakukan.


Umat itu bertanya, “Apa gunanya kita berpuasa jika TUHAN tidak melihatnya? Mengapakah kita harus menahan diri daripada makanan jika Dia tidak memperhatikannya?” TUHAN berfirman kepada mereka, “Ketika kamu berpuasa, kamu mementingkan hal sendiri dan menindas pekerja-pekerja kamu.


Jangan sangka bahawa TUHAN terlalu lemah untuk menyelamatkan kamu, atau terlalu pekak untuk mendengar seruan kamu minta tolong!


Kerana dosa kamu, Dia tidak mendengarkan kamu, apabila kamu berdoa kepada-Nya. Dosa kamu memisahkan kamu daripada-Nya.


Kemudian apabila kamu telah bertambah banyak di negeri ini, orang tidak akan bercakap tentang Tabut Perjanjian-Ku lagi. Mereka tidak akan memikirkan atau mengingatnya lagi; malah mereka tidak akan memerlukannya atau membuat Tabut Perjanjian yang lain.


Jangan percaya kepada kata-kata dusta ini, ‘Kita aman, kerana ini Rumah TUHAN. Sungguh ini Rumah TUHAN! Memang ini Rumah TUHAN!’


Apabila umat Israel meninggalkan Sinai, gunung suci itu, mereka berjalan selama tiga hari. Tabut Perjanjian TUHAN sentiasa dibawa mendahului mereka untuk mencari tempat berkhemah bagi mereka.


Setiap kali Tabut Perjanjian TUHAN itu dipikul ketika berangkat, Musa berkata, “Bangkitlah, ya TUHAN, cerai-beraikanlah musuh-Mu dan biarlah orang yang membenci Engkau melarikan diri!”


Musa memerintahkan mereka pergi berperang di bawah arahan Pinehas anak Imam Eleazar. Pinehas membawa benda-benda dari Khemah TUHAN dan trompet-trompet untuk memberikan isyarat.


Pada masa itu seluruh dunia akan bertanya, ‘Mengapakah TUHAN berbuat demikian terhadap tanah mereka? Apakah yang menyebabkan Dia murka sedahsyat itu?’


“Ambillah kitab Taurat Allah ini dan letakkannya di sebelah Tabut Perjanjian TUHAN, Allah kamu, supaya tetap ada di sana untuk menjadi saksi terhadap umat TUHAN.


Pada lahirnya mereka menjalankan kewajipan agama kita, tetapi mereka tidak menurut ajarannya. Jauhkanlah dirimu daripada mereka.


Di situ terdapat mazbah emas yang digunakan untuk membakar kemenyan dan juga terdapat Tabut Perjanjian yang seluruhnya disalut dengan emas. Di dalam Tabut itu terdapat balang emas berisi manna, tongkat Harun yang telah bertunas, dan dua buah batu tulis yang bertuliskan sepuluh hukum Allah.


beritahulah mereka bahawa Sungai Yordan berhenti mengalir ketika Tabut Perjanjian TUHAN digotong menyeberangi sungai itu. Batu-batu itu akan sentiasa mengingatkan umat Israel tentang peristiwa yang berlaku di sini.”


Yosua memanggil imam-imam dan berkata kepada mereka, “Gotonglah Tabut Perjanjian, dan tujuh orang antara kamu harus berjalan di hadapannya dengan membawa trompet.”


Yosua berkata. “Ya TUHAN Raja, mengapakah Engkau membawa kami menyeberang Sungai Yordan? Adakah Engkau hendak menyerahkan kami kepada orang Amori supaya dibinasakan oleh mereka? Mengapakah Engkau tidak membiarkan kami tinggal saja di seberang sungai itu?


Ya Tuhan, apakah yang dapat aku katakan sekarang, setelah orang Israel dipukul mundur oleh musuh?


Air bah itu melambangkan baptisan yang sekarang ini menyelamatkan kamu. Baptisan ini bukanlah pembasuhan kotoran daripada tubuh, tetapi janji kamu kepada Allah daripada hati nurani yang baik. Baptisan ini menyelamatkan kamu kerana Yesus Kristus sudah bangkit daripada kematian,


Meskipun kamu mengetahui semua perkara itu, aku hendak mengingatkan kamu bagaimana Tuhan menyelamatkan umat Israel dari negeri Mesir. Tetapi kemudian Dia membinasakan mereka yang tidak percaya.


Setelah anak itu bercerai susu, Hana membawa dia ke rumah TUHAN di Silo. Pada masa itu Samuel masih sangat kecil. Hana juga membawa seekor lembu jantan yang berumur tiga tahun, sepuluh kilogram tepung gandum, dan satu kirbat wain.


Raja Saul bertitah kepada Imam Ahia, “Bawalah efod itu ke mari.” (Pada hari itu Imam Ahia membawa efod di hadapan orang Israel).


Tentera Filistin menyerang tentera Israel, dan setelah bertempur dengan sengit, tentera Israel kalah. Kira-kira 4,000 orang Israel dibunuh oleh tentera Filistin di medan peperangan.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan