Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 4:2 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Tentera Filistin menyerang tentera Israel, dan setelah bertempur dengan sengit, tentera Israel kalah. Kira-kira 4,000 orang Israel dibunuh oleh tentera Filistin di medan peperangan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

2 Orang Filistin mengatur barisan untuk berhadapan dengan orang Israel dan berjaya menewaskan kira-kira empat ribu orang Israel di medan perang itu ketika pertempuran begitu sengit lagi meluas.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Tentera Filistin menyerang tentera Israel, dan setelah bertempur dengan sengit, tentera Israel kalah. Kira-kira 4,000 orang Israel dibunuh oleh tentera Filistin di medan peperangan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 4:2
13 Iomraidhean Croise  

Marilah kita menyelidiki hidup kita, dan kembali kepada TUHAN.


Kamu akan tersandung satu sama lain walaupun tiada sesiapa yang mengejar kamu. Kamu tidak akan dapat melawan musuh.


Kemudian orang Amalek dan orang Kanaan yang tinggal di situ menyerang mereka lalu mengalahkan mereka, dan mengejar mereka sampai ke Horma.


Itulah sebabnya orang Israel tidak dapat melawan musuh. Mereka terpaksa mundur kerana mereka sendiri telah dijatuhi hukuman untuk dibinasakan. Aku tidak akan menyertai kamu lagi kecuali kamu memusnahkan barang-barang yang tidak sepatutnya kamu simpan.


Tentera Filistin dan tentera Israel saling berhadapan dan bersiap-siap untuk bertempur.


Goliat berdiri dan berteriak kepada orang Israel, “Apakah yang sedang kamu lakukan di situ? Hendak berperangkah kamu? Aku orang Filistin, hai hamba-hamba Raja Saul! Pilihlah seorang di kalangan kamu untuk melawan aku.


Setiap kali Samuel berkata-kata, semua orang Israel mendengarkan dia. Pada masa itu orang Filistin mengumpulkan tentera mereka untuk menyerang Israel. Oleh itu tentera Israel pun maju ke medan peperangan. Tentera Israel berkhemah di Eben-Haezer, dan tentera Filistin berkhemah di Afek.


Tentera Filistin berperang dengan sekuat tenaga, lalu mereka mengalahkan tentera Israel. Tentera Israel lari ke khemah masing-masing kerana mereka kalah teruk; sebanyak 30,000 orang askar Israel terbunuh.


Apabila tentera Israel yang masih hidup pulang ke perkhemahan, para pemimpin Israel berkata, “Mengapakah TUHAN membiarkan tentera Filistin mengalahkan kita hari ini? Marilah kita membawa Tabut Perjanjian TUHAN dari Silo, supaya Dia akan menyertai kita dan menyelamatkan kita daripada musuh.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan