Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 4:18 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

18 Apabila orang itu menyebut tentang Tabut Perjanjian, Eli jatuh terlentang dari kerusinya, di tepi pintu gerbang. Dia sangat tua dan gemuk, sehingga apabila dia jatuh lehernya patah. Ketika itu juga dia meninggal. Dia menjadi pemimpin Israel selama empat puluh tahun.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

18 Apabila dikhabarkan fasal tabut perjanjian Allah itu, jatuhlah Eli telentang dari kerusi di sebelah pintu gerbang, batang lehernya patah lalu matilah dia yang gemuk dan sudah begitu lanjut usia. Selama empat puluh tahun dia memerintah sebagai hakim kepada orang Israel.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

18 Apabila orang itu menyebut tentang Tabut Perjanjian, Eli jatuh terlentang dari kerusinya, di tepi pintu gerbang. Dia sangat tua dan gemuk, sehingga apabila dia jatuh lehernya patah. Ketika itu juga dia meninggal. Dia menjadi pemimpin Israel selama empat puluh tahun.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 4:18
15 Iomraidhean Croise  

Ya TUHAN, aku mengasihi Rumah kediaman-Mu, tempat yang penuh dengan kemuliaan-Mu.


Kepada Allah, pembelaku, aku berkata, “Mengapakah Engkau melupakan aku? Mengapakah aku harus terus-menerus menanggung derita, akibat kekejaman musuhku?”


Aku merindukan Engkau, Allah yang hidup; bilakah aku dapat beribadat di hadirat-Mu?


Aku bagaikan orang asing kepada saudara-saudaraku, seperti orang luar kepada keluargaku.


Kemudian Musa berkata kepada Harun, “Inilah yang dimaksudkan TUHAN ketika Dia berfirman, ‘Semua orang yang mengabdikan diri kepada-Ku harus menghormati kesucian-Ku. Aku akan menyatakan kemuliaan-Ku kepada segenap umat-Ku.’ ” Tetapi Harun diam sahaja.


Simson memimpin umat Israel selama dua puluh tahun semasa orang Filistin menguasai negeri itu.


Eli, yang sangat cemas memikirkan keselamatan Tabut Perjanjian itu sedang duduk di atas kerusi di tepi jalan, sambil termenung. Apabila orang itu menyebarkan berita kekalahan Israel di seluruh kota, semua orang menangis dengan kuat.


Pembawa khabar itu menjawab, “Tentera Israel lari daripada tentera Filistin. Kita mengalami kekalahan yang teruk sekali. Banyak orang terbunuh, termasuk kedua-dua orang anak tuan, Hofni dan Pinehas. Tabut Perjanjian Allah juga dirampas musuh!”


Pada masa itu, menantu Eli, iaitu isteri Pinehas, sedang mengandung dan telah hampir masanya untuk bersalin. Apabila dia mendengar bahawa Tabut Perjanjian Allah sudah dirampas dan bapa mentuanya serta suaminya sudah meninggal, tiba-tiba dia berasa sakit beranak, lalu tidak lama kemudian dia bersalin.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan