Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 4:12 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

12 Seorang daripada suku Benyamin lari dari medan peperangan lalu pergi ke Silo. Dia tiba di Silo pada hari itu juga. Dia sudah mengoyak-ngoyakkan pakaiannya dan menaruh tanah di atas kepala sebagai tanda berdukacita.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

12 Pada hari itu juga ada seorang Benyamin yang lari meninggalkan barisan perang menuju Silo. Pakaiannya koyak-koyak dan ada debu tanah di atas kepalanya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

12 Seorang daripada suku Benyamin lari dari medan peperangan lalu pergi ke Silo. Dia tiba di Silo pada hari itu juga. Dia sudah mengoyak-ngoyakkan pakaiannya dan menaruh tanah di atas kepala sebagai tanda berdukacita.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 4:12
9 Iomraidhean Croise  

Keesokan harinya, seorang pemuda tiba dari perkhemahan Raja Saul. Sebagai tanda berkabung, pemuda itu telah mengoyakkan pakaiannya dan menaruh tanah di atas kepalanya. Dia datang kepada Daud dan bersujud untuk menghormatinya.


Tamar menaruh abu di atas kepalanya, mengoyak jubahnya, dan pergi sambil menutup mukanya dengan kedua-dua tangan serta menangis dengan pilu.


Pada waktu Raja Daud sampai ke puncak bukit, di tempat ibadat di situ, baginda disambut oleh sahabatnya yang setia, Husai orang Arki. Husai sudah mengoyakkan pakaiannya dan menaburkan abu di atas kepalanya.


Pada hari kedua puluh empat bulan itu juga, umat Israel berkumpul. Mereka berpuasa untuk menunjukkan bahawa mereka menyesali dosa mereka. Mereka sudah memisahkan diri daripada semua orang bangsa asing. Mereka memakai kain guni dan menaruh debu di atas kepala sebagai tanda bersedih. Kemudian mereka berdiri dan mengakui segala dosa mereka dan dosa nenek moyang mereka.


Ketika mereka masih jauh, mereka nampak Ayub, tetapi tidak mengenali dia. Apabila mereka menyedari bahawa orang itu Ayub, mereka menangis dan meraung. Mereka mengoyakkan pakaian kerana sedih, dan menaburkan debu ke udara dan pada kepala mereka.


Jika kamu tetap membantah, Aku akan memperlakukan Rumah-Ku ini seperti Aku telah memperlakukan Silo, sehingga semua bangsa di dunia menggunakan nama kota Yerusalem sebagai kutuk.’ ”


Pada hari Aku melakukan perkara itu, seorang yang terselamat daripada bencana itu akan datang untuk memberitahu engkau hal itu.


Mereka meratapi kamu dengan pilu, mereka menaburkan debu pada kepala dan berguling dalam abu kerana duka.


Yosua dan para pemimpin Israel mengoyak-ngoyakkan pakaian kerana dukacita, lalu sujud di hadapan Tabut Perjanjian TUHAN sehingga senja. Mereka juga menghamburkan debu di atas kepala untuk menunjukkan kesedihan mereka.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan