Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 4:10 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

10 Tentera Filistin berperang dengan sekuat tenaga, lalu mereka mengalahkan tentera Israel. Tentera Israel lari ke khemah masing-masing kerana mereka kalah teruk; sebanyak 30,000 orang askar Israel terbunuh.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

10 Lalu berperanglah orang Filistin, dan orang Israel pun tewas lalu mereka melarikan diri ke khemah masing-masing. Terjadilah pembunuhan yang amat besar, dan daripada tentera orang Israel, gugur tiga puluh ribu orang pasukan berjalan kaki.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

10 Tentera Filistin berperang dengan sekuat tenaga, lalu mereka mengalahkan tentera Israel. Tentera Israel lari ke khemah masing-masing kerana mereka kalah teruk; sebanyak 30,000 orang askar Israel terbunuh.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 4:10
19 Iomraidhean Croise  

Kemudian mereka mengambil mayat Absalom dan melemparkannya ke dalam perigi yang dalam di hutan. Mereka menimbuni perigi itu dengan batu sampai tinggi. Semua orang Israel lari, dan pulang ke rumah masing-masing.


Tentera Israel dikalahkan oleh anak buah Raja Daud. Kekalahan itu sungguh dahsyat; seramai dua puluh ribu orang mati pada hari itu.


Selepas itu raja bangkit dan pergi ke luar, lalu duduk dekat pintu gerbang. Anak buah raja mendengar bahawa raja berada di situ, lalu mereka semua datang menghadap. Sementara itu semua orang Israel telah melarikan diri, dan masing-masing pulang ke rumah.


Di kota Gilgal ada seorang pengacau bernama Seba anak Bikri, daripada suku Benyamin. Dia meniup trompet lalu berseru, “Kita tidak ada hubungan dengan Raja Daud! Jangan ikut baginda! Hai orang Israel, marilah kita pulang!”


Apabila rakyat sedar bahawa raja tidak mahu mengabulkan permintaan mereka, mereka berseru, “Peduli apa dengan Raja Daud dan keluarganya? Mereka tidak pernah melakukan apa-apa untuk kita! Hai umat Israel, marilah kita pulang! Biarlah Raja Rehabeam menjaga dirinya sendiri!” Oleh itu umat Israel memberontak,


Menjelang matahari terbenam, segenap tentera Israel diperintahkan pulang ke kota dan daerah masing-masing.


Tentera Raja Amazia dikalahkan, dan semua askarnya lari ke rumah masing-masing.


Mereka dikalahkan dengan teruk oleh Raja Abia dan tenteranya. Setengah juta orang askar Israel yang paling baik telah terbunuh.


Pasukan tentera Yehuda kalah, lalu askar-askarnya lari ke rumah masing-masing.


Orang Efraim yang bersenjatakan busur dan panah, melarikan diri pada masa pertempuran.


Pergilah ke Silo, kota yang mula-mula Kupilih sebagai tempat orang beribadat kepada-Ku. Lihatlah apa yang telah Kulakukan terhadap tempat itu kerana dosa umat-Ku Israel.


Aku akan menentang kamu sehingga kamu dikalahkan musuh. Orang yang membenci kamu akan menjajah kamu, dan kamu akan menjadi begitu takut sehingga kamu akan lari walaupun tidak ada orang yang mengejar kamu.


“Tetapi jika kamu tidak taat kepada TUHAN, Allah kamu dan tidak setia melakukan segala perintah dan hukum-Nya yang aku berikan kepada kamu hari ini, maka semua kutuk ini akan menimpa kamu:


TUHAN akan membiarkan kamu dikalahkan oleh musuh. Kamu akan melancarkan serangan terhadap musuh dengan teratur, tetapi kemudian lari bertempiaran. Semua bangsa di dunia akan ngeri melihat kejadian yang menimpa kamu.


TUHAN berfirman kepadanya, “Aku akan melakukan suatu perkara yang dahsyat terhadap umat Israel, sehingga tiap-tiap orang yang mendengarnya akan terpegun.


Tentera Filistin menyerang tentera Israel, dan setelah bertempur dengan sengit, tentera Israel kalah. Kira-kira 4,000 orang Israel dibunuh oleh tentera Filistin di medan peperangan.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan