1 Samuel 3:18 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)
18 Oleh itu Samuel menceritakan segala-galanya. Dia tidak merahsiakan apa-apa pun. Kemudian Eli berkata, “Dialah TUHAN; biarlah Dia melakukan apa yang dianggap-Nya baik.”
18 Maka Samuel memberitahu kepadanya segala hal itu tanpa menyembunyikan apa-apa. Kata Eli, “Dialah TUHAN. Biarlah Dia melakukan apa yang dipandang baik oleh-Nya.”
18 Oleh itu Samuel menceritakan segala-galanya. Dia tidak merahsiakan apa-apa pun. Kemudian Eli berkata, “Dialah TUHAN; biarlah Dia melakukan apa yang dianggap-Nya baik.”
Tentu Engkau tidak mahu membunuh orang yang tidak bersalah bersama dengan orang yang bersalah. Tentu tidak! Engkau tidak mungkin berbuat demikian. Jika Engkau berbuat demikian, orang yang tidak bersalah akan dihukum bersama dengan orang yang bersalah. Itu tidak mungkin. Hakim bagi seluruh bumi tentu bertindak dengan adil.”
Raja Hizkia berfikir bahawa selama hidup baginda, kerajaan baginda akan aman dan damai. Oleh itu Raja Hizkia menjawab, “Firman TUHAN yang kamu sampaikan itu baik.”
Tabahkan hati! Marilah kita berjuang dengan berani untuk bangsa kita dan untuk kota-kota Allah kita. Semoga TUHAN melaksanakan apa yang dikehendaki-Nya.”
Dia berkata, “Aku dilahirkan tanpa apa-apa, dan aku akan mati tanpa apa-apa juga. TUHAN yang memberikan dan sekarang TUHAN pula yang mengambil semula. Terpujilah nama-Nya!”
Ayub menjawab, “Engkau bercakap seperti orang bodoh. Apabila Allah memberikan yang baik, kita menerimanya. Kita juga patut menerima yang tidak baik.” Walaupun Ayub menderita, dia tidak mengucapkan kata-kata yang menentang Allah.
Raja Hizkia berfikir bahawa selama hidup baginda, kerajaannya akan aman dan damai. Oleh itu baginda menjawab, “Firman TUHAN yang kamu sampaikan itu baik.”
Pada suatu masa yang lain, Raja Zedekia memerintah aku menghadap baginda di pintu ketiga di Rumah TUHAN. Raja bertitah, “Beta hendak menanyakan satu soalan, dan engkau mesti berterus terang. Jangan sembunyikan apa-apa daripada beta.”
“Baiklah,” jawabku, “Aku akan berdoa kepada TUHAN, Allah kita menurut permintaan kamu; dan apa pun jawapan-Nya kelak, akan aku sampaikan kepada saudara semua. Aku tidak akan merahsiakan apa-apa pun.”
Kemudian Musa berkata kepada Harun, “Inilah yang dimaksudkan TUHAN ketika Dia berfirman, ‘Semua orang yang mengabdikan diri kepada-Ku harus menghormati kesucian-Ku. Aku akan menyatakan kemuliaan-Ku kepada segenap umat-Ku.’ ” Tetapi Harun diam sahaja.