Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 3:11 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

11 TUHAN berfirman kepadanya, “Aku akan melakukan suatu perkara yang dahsyat terhadap umat Israel, sehingga tiap-tiap orang yang mendengarnya akan terpegun.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

11 Lalu berfirmanlah TUHAN kepada Samuel, “Ketahuilah, Aku akan melakukan sesuatu di Israel, sehingga akan berdesing kedua-dua belah telinga setiap orang yang mendengarnya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

11 TUHAN berfirman kepadanya, “Aku akan melakukan suatu perkara yang dahsyat terhadap umat Israel, sehingga tiap-tiap orang yang mendengarnya akan terpegun.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 3:11
11 Iomraidhean Croise  

Oleh itu, Aku, TUHAN, Allah Israel, akan mendatangkan bencana yang dahsyat kepada Yerusalem dan Yehuda, sehingga tiap-tiap orang yang mendengarnya akan terpegun.


Sesiapa yang melihat Lewiatan akan kehilangan semangat dan pengsan.


Tiap-tiap pagi bencana akan menimpa kamu, dan siang malam kamu harus menanggungnya. Kamu akan gementar ketakutan apabila kamu mengerti akan perkhabaran Allah.


Oleh itu Aku akan mengejutkan mereka dengan pukulan demi pukulan yang tidak disangka-sangka. Mereka yang bijak akan terbukti bodoh. Segala kepandaian mereka akan menjadi sia-sia.”


TUHAN menyuruh aku berkata begini, “Hai raja-raja Yehuda dan penduduk Yerusalem! Dengarlah apa yang hendak Aku, TUHAN Yang Maha Kuasa, Allah Israel, firmankan kepada kamu. Aku akan mendatangkan malapetaka yang dahsyat ke tempat ini sehingga orang yang mendengarnya terpegun.


Kemudian TUHAN berfirman kepada umat-Nya, “Perhatikanlah bangsa-bangsa di sekitar kamu dan kamu akan hairan serta terperanjat. Tidak lama lagi Aku akan melakukan sesuatu yang tidak mungkin kamu percaya apabila kamu mendengarnya.


Orang akan pengsan kerana ketakutan sementara menantikan apa yang akan berlaku di seluruh bumi, kerana kuasa di angkasa lepas ditarik daripada peredarannya.


‘Dengarlah hai orang yang menghina Allah! Kamu akan kehairanan lalu binasa! Apa yang Aku lakukan pada masa ini tidak akan kamu percayai, meskipun orang menerangkannya kepada kamu!’ ”


Kemudian TUHAN datang dan berdiri di tempat itu serta memanggil dia lagi, “Samuel! Samuel!” Samuel menjawab, “Berfirmanlah, ya TUHAN. Hamba-Mu mendengar.”


Tentera Filistin berperang dengan sekuat tenaga, lalu mereka mengalahkan tentera Israel. Tentera Israel lari ke khemah masing-masing kerana mereka kalah teruk; sebanyak 30,000 orang askar Israel terbunuh.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan