Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 28:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Samuel sudah meninggal dan dia diratapi oleh semua orang Israel, lalu dikebumikan di Rama, kotanya. Beberapa waktu yang lalu Raja Saul telah mengusir semua peramal dan pemanggil arwah dari Israel.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

3 Adapun Samuel sudah mati dan seluruh Israel meratapinya. Mereka telah menguburkannya di Rama, di kotanya. Pada masa itu juga Saul telah menyingkirkan pemanggil arwah dan ahli sihir dari negeri itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Samuel sudah meninggal dan dia diratapi oleh semua orang Israel, lalu dikebumikan di Rama, kotanya. Beberapa waktu yang lalu Raja Saul telah mengusir semua peramal dan pemanggil arwah dari Israel.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 28:3
12 Iomraidhean Croise  

Kemudian Samuel meninggal. Semua orang Israel berkumpul dan meratapinya. Mereka menguburkan jenazah Samuel di rumahnya di Rama. Selepas itu Daud pergi ke padang gurun Paran.


Setiap lelaki atau perempuan yang berhubung dengan roh-roh orang mati mesti direjam sampai mati. Orang yang melakukan perbuatan ini mati kerana kesalahan sendiri.”


Jangan minta nasihat daripada orang yang berhubung dengan roh-roh orang mati. Jika kamu berbuat demikian, kamu akan menjadi najis. Akulah TUHAN, Allah kamu.


Bunuhlah setiap perempuan yang melakukan sihir.


Perempuan itu menjawab, “Tentu tuan pun tahu bahawa Raja Saul sudah memaksa semua peramal dan pemanggil arwah untuk meninggalkan Israel. Mengapa tuan mencuba mencelakakan saya sehingga saya dibunuh?”


Memberontak terhadap TUHAN sama jahatnya dengan melakukan sihir, dan hati yang sombong sama jahatnya dengan penyembahan berhala. Oleh sebab tuanku menolak perintah TUHAN, TUHAN pun menolak tuanku sebagai raja.”


Selepas itu dia selalu pulang ke rumahnya di Rama. Di sana dia juga menjadi hakim umat Israel. Di Rama, dia membina sebuah mazbah untuk TUHAN.


Sesiapa yang minta nasihat daripada orang yang berhubung dengan roh-roh orang mati, akan Kuhukum dan tidak lagi Aku anggap sebagai anggota umat-Ku.


Tetapi jika bapa anak dara itu tidak membenarkan lelaki itu mengahwini anaknya, lelaki itu mesti membayar wang sebanyak mas kahwin bagi seorang anak dara kepada bapa itu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan