1 Samuel 27:8 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)8 Selama itu, Daud dan anak buahnya biasa menyerang orang Gesur, Girzi, dan Amalek; mereka sudah lama tinggal di kawasan itu. Daud menyerbu kawasan mereka sampai ke Sur, dan terus ke Mesir di sebelah selatan. Faic an caibideilAlkitab Versi Borneo8 Maka Daud dan para pahlawannya bergerak maju dan menyerbu orang Gesur, orang Girzi dan orang Amalek; kerana orang itu memang penduduk asal negeri itu yang membentang dari Telam ke arah Syur sampai Tanah Mesir. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik8 Selama itu, Daud dan anak buahnya biasa menyerang orang Gesur, Girzi, dan Amalek; mereka sudah lama tinggal di kawasan itu. Daud menyerbu kawasan mereka sampai ke Sur, dan terus ke Mesir di sebelah selatan. Faic an caibideil |
Absalom menjawab, “Oleh sebab kamu tidak mahu datang ketika aku memanggilmu. Aku hendak mengutusmu menghadap raja dan menyampaikan pertanyaanku ini, ‘Apa gunanya saya meninggalkan Gesur dan kembali ke sini? Lebih baik saya tinggal di sana saja.’ ” Absalom berkata lagi, “Usahakanlah supaya aku dapat menghadap raja, dan jika aku masih dianggap bersalah, aku bersedia dihukum mati.”
Raja Akhis memanggil Daud dan bertitah kepadanya, “Beta bersumpah demi TUHAN yang hidup, yang disembah Israel bahawa kamu setia kepada beta. Beta suka kamu mengikut beta dalam pertempuran ini kerana sejak kamu datang kepada beta, belum pernah kamu bersalah terhadap beta. Tetapi raja-raja yang lain tidak berkenan kepadamu.