1 Samuel 27:1 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)1 Daud berfikir, “Bagaimanapun juga, pada suatu hari Raja Saul akan membunuh aku. Lebih baik aku lari ke negeri orang Filistin. Kemudian Raja Saul tidak akan mencari aku lagi di Israel, dan aku pun akan aman.” Faic an caibideilAlkitab Versi Borneo1 Terfikirlah Daud dalam hatinya, “Bagaimanapun juga pada suatu hari aku akan binasa di tangan Saul. Oleh itu, tidak ada yang lebih baik bagiku selain berlari dan menyelinap ke negeri orang Filistin; tatkala itu tentunya Saul tiada harapan untuk mencari aku lagi di seluruh daerah Israel dan akan terlepaslah aku daripada tangannya.” Faic an caibideilAlkitab Berita Baik1 Daud berfikir, “Bagaimanapun juga, pada suatu hari Raja Saul akan membunuh aku. Lebih baik aku lari ke negeri orang Filistin. Kemudian Raja Saul tidak akan mencari aku lagi di Israel, dan aku pun akan aman.” Faic an caibideil |
Tuanku, dengarlah kata-kata hamba. Sekiranya TUHAN yang menyuruh tuanku supaya melawan hamba, suatu persembahan korban akan dapat meredakan kemurkaan-Nya terhadap hamba. Tetapi sekiranya yang menyuruh tuanku itu manusia, semoga mereka dikutuk oleh TUHAN! Akibat perbuatan mereka itu, hamba sudah diusir dari tanah milik TUHAN dan terpaksa pergi ke negeri lain. Di sana hamba harus beribadat kepada dewa-dewa asing.
Apabila para panglima orang Filistin nampak Daud dan anak buahnya, mereka bertanya, “Mengapa semua orang Ibrani ini berada di sini?” Raja Akhis menjawab, “Ini Daud, bekas pegawai Raja Saul dari Israel. Dia sudah agak lama tinggal bersama dengan beta. Sejak dia datang kepada beta sampai hari ini, belum pernah beta mendapati dia bersalah.”