Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 26:9 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9 Tetapi Daud berkata, “Janganlah kauapa-apakan baginda! Tentu TUHAN akan menghukum orang yang berbuat jahat kepada raja yang dipilih-Nya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

9 Tetapi kata Daud kepada Abisai, “Jangan binasakan dia. Siapakah yang dapat mencederakan orang yang dilantik TUHAN dan bebas daripada kesalahan?”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9 Tetapi Daud berkata, “Janganlah kauapa-apakan baginda! Tentu TUHAN akan menghukum orang yang berbuat jahat kepada raja yang dipilih-Nya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 26:9
11 Iomraidhean Croise  

Daud bertanya kepadanya, “Mengapa engkau berani membunuh raja pilihan TUHAN?”


Daud berkata kepada orang Amalek itu, “Ini kesalahanmu sendiri. Engkau telah menjatuhkan hukuman mati atas dirimu sendiri kerana mengaku bahawa engkaulah yang membunuh raja pilihan TUHAN.”


Tetapi Raja Daud bertitah kepada Abisai dan abangnya Yoab, “Jangan masuk campur. Mengapa kamu menyusahkan beta? Pada hari ini beta menjadi raja Israel lagi dan tidak boleh seorang Israel pun dihukum mati.”


Dia berfirman, “Jangan ganggu hamba-hamba pilihan-Ku; jangan cederakan nabi-nabi-Ku!”


Aku tidak mengatakan yang jahat, seperti orang lain; aku mentaati perintah-Mu dan tidak melakukan keganasan.


Untuk pemimpin koir. Menurut lagu: Jangan Musnahkan. Mazmur Daud, pada masa dia lari ke dalam gua untuk menghindari Raja Saul.


Ya TUHAN, Allahku, jika aku pernah berbuat jahat, jika aku mengkhianati sahabat, atau melakukan keganasan terhadap musuh tanpa sebab,


Kemudian Samuel mengambil sebuah botol berisi minyak zaitun, lalu menuang minyak itu ke atas kepala Saul. Dia mencium Saul dan berkata, “TUHAN melantik kamu menjadi raja Israel, umat-Nya. Kamu akan memerintah umat-Nya dan melindungi mereka daripada semua musuh. Inilah buktinya bahawa TUHAN sudah melantik kamu sebagai raja umat-Nya:


Sekarang ini, aku berdiri di hadapan kamu. Jika aku sudah melakukan kesalahan, tuduhlah aku di hadapan TUHAN dan raja yang dipilih-Nya. Pernahkah aku merampas lembu atau keldai orang lain? Pernahkah aku menipu atau menindas orang lain? Pernahkah aku menerima rasuah daripada orang? Katakanlah, supaya apa saja yang sudah aku ambil dapat kukembalikan.”


Abisai berkata kepada Daud, “Allah telah menyerahkan musuh tuan kepada tuan pada malam ini. Benarkanlah saya menancapkan tombaknya sendiri ke badannya sehingga tembus ke tanah. Saya akan membunuh dia dengan sekali tikaman saja, tidak usah sampai dua kali!”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan