Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 26:8 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

8 Abisai berkata kepada Daud, “Allah telah menyerahkan musuh tuan kepada tuan pada malam ini. Benarkanlah saya menancapkan tombaknya sendiri ke badannya sehingga tembus ke tanah. Saya akan membunuh dia dengan sekali tikaman saja, tidak usah sampai dua kali!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

8 Kata Abisai kepada Daud, “Pada hari ini Allah telah menyerahkan musuh tuan ke dalam tangan tuan. Sekarang, biarlah hamba tancapkan dia ke tanah dengan tombak ini dengan sekali tikam sahaja. Tidak perlulah hamba menyerangnya dua kali.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

8 Abisai berkata kepada Daud, “Allah telah menyerahkan musuh tuan kepada tuan pada malam ini. Benarkanlah saya menancapkan tombaknya sendiri ke badannya sehingga tembus ke tanah. Saya akan membunuh dia dengan sekali tikaman saja, tidak usah sampai dua kali!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 26:8
16 Iomraidhean Croise  

Abisai, ibunya ialah Zeruya, berkata kepada raja, “Mengapa tuanku membiarkan anjing ini mengutuki tuanku? Benarkanlah hamba memenggal kepalanya!”


Aku akan bergembira dan bergirang, kerana Engkau tetap mengasihi aku. Engkau nampak penderitaanku; Engkau tahu kesusahanku.


Kemudian Yohanan berkata kepadanya dengan sembunyi-sembunyi, “Benarkanlah saya membunuh Ismael. Tiada sesiapa pun akan mengetahuinya. Mengapakah dia dibiarkan membunuh tuan? Hal itu akan menyebabkan semua orang Yahudi yang telah berkumpul dengan tuan tercerai-cerai semula, dan bencana akan menimpa semua orang yang masih tinggal di Yehuda.”


Kejahatan apakah yang kamu rancang terhadap TUHAN? Dia akan membinasakan kamu semua. Dia tidak perlu membalas dendam-Nya sampai dua kali terhadap musuh-Nya.


Hal itu demikian, kerana Allah sudah membiarkan umat manusia menjadi seperti orang tahanan, kerana mereka tidak mentaati Dia. Allah berbuat demikian supaya Dia dapat menunjukkan belas kasihan-Nya kepada mereka semua.


Mengapakah seribu orang dikalahkan oleh seorang, dan sepuluh ribu orang dikalahkan hanya oleh dua orang? TUHAN, Allah mereka sudah meninggalkan mereka; Allah mereka yang perkasa sudah menyerahkan mereka kepada musuh.


TUHAN memberi mereka keamanan di seluruh tanah itu sebagaimana yang dijanjikan-Nya kepada nenek moyang mereka. Tidak seorang musuh pun dapat melawan mereka, kerana TUHAN telah memberi umat Israel kemenangan atas semua musuh.


pergi berperang bersama dengan suku Yehuda. TUHAN memberi mereka kemenangan atas orang Kanaan dan orang Feris. Mereka mengalahkan sepuluh ribu orang askar di Bezek.


Daud bersembunyi di tempat-tempat perlindungan di perbukitan, di padang gurun Zif. Dia selalu dikejar-kejar oleh Raja Saul, tetapi TUHAN tidak menyerahkannya kepada Raja Saul.


Raja Saul sampai di suatu tempat dekat beberapa buah kandang domba di tepi jalan. Raja Saul masuk ke dalam gua di situ untuk membuang air besar. Kebetulan sekali Daud dan anak buahnya sedang bersembunyi di gua itu juga, lebih ke dalam lagi.


Anak buah Daud berkata kepadanya, “Inilah kesempatan tuan. Bukankah TUHAN sudah berfirman kepada tuan demikian, ‘Musuhmu akan Kuserahkan kepadamu, buatlah sesuka hatimu terhadap dia.’ ” Kemudian Daud menyelinap ke tempat Raja Saul dan dengan diam-diam memotong sedikit daripada tepi jubah Raja Saul.


TUHAN selalu memberkati orang yang setia dan jujur. Meskipun pada hari ini Dia telah menyerahkan tuanku kepada hamba, namun hamba tidak berbuat jahat terhadap tuanku, raja yang sudah dipilih oleh TUHAN.


Pada malam itu Daud dan Abisai menyelinap ke dalam perkhemahan Raja Saul, lalu melihat Raja Saul sedang tidur di tengah-tengah perkhemahan. Tombak Raja Saul tertancap di tanah dekat kepalanya. Abner dan pasukannya tidur di sekeliling Raja Saul.


Tetapi Daud berkata, “Janganlah kauapa-apakan baginda! Tentu TUHAN akan menghukum orang yang berbuat jahat kepada raja yang dipilih-Nya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan