Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 26:5 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

5 Dengan segera Daud pergi ke perkhemahan Raja Saul, dan mendapati khemah tempat Raja Saul tidur dekat Abner anak Ner, panglima tentera. Khemah Raja Saul itu terletak di tengah-tengah dan tenteranya berkhemah di sekelilingnya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

5 Lalu Daud pergi ke tempat Saul berkhemah. Di sana diamatinya tempat Saul dan Abner anak Ner, panglima tenteranya, berbaring. Saul berbaring di tengah-tengah perkhemahan manakala bala tenteranya berkhemah di sekelilingnya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

5 Dengan segera Daud pergi ke perkhemahan Raja Saul, dan mendapati khemah tempat Raja Saul tidur dekat Abner anak Ner, panglima tentera. Khemah Raja Saul itu terletak di tengah-tengah dan tenteranya berkhemah di sekelilingnya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 26:5
10 Iomraidhean Croise  

Sebaik sahaja Abner tiba di Hebron, Yoab mengajak dia ke pinggir pintu gerbang, seolah-olah dia hendak bercakap bersendirian dengannya. Tiba-tiba Yoab menikam perut Abner sampai dia mati. Demikianlah Abner mati dibunuh oleh Yoab untuk membalas dendam terhadap pembunuhan Asael, adiknya.


Bapa Raja Saul bernama Kish dan datuknya bernama Ner. Raja Saul mempunyai empat orang putera: Yonatan, Malkisua, Abinadab dan Esybaal.


Keesokan harinya, awal pagi, Daud bangun dan berkemas. Dia menyuruh orang lain menjaga domba. Kemudian dia membawa makanan itu lalu berangkat sebagaimana yang disuruh oleh Isai. Dia tiba di perkhemahan tepat ketika orang Israel sedang mengatur barisan sambil meneriakkan isyarat perang.


Apabila Raja Saul nampak Daud pergi melawan Goliat, baginda bertanya kepada Abner, panglima tenteranya, “Abner, anak siapakah pemuda itu?” “Hamba tidak tahu, tuanku,” jawab Abner.


Oleh itu dia mengirim beberapa orang pengintip. Lalu dia diberitahu bahawa memang benar Raja Saul berada di sana.


Ada seorang lelaki yang kaya dan berpengaruh daripada suku Benyamin. Orang itu bernama Kish anak Abiel, cucu Zeror, daripada keluarga Bekhorat, iaitu sebahagian daripada puak Afiah.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan