Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 24:4 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Raja Saul sampai di suatu tempat dekat beberapa buah kandang domba di tepi jalan. Raja Saul masuk ke dalam gua di situ untuk membuang air besar. Kebetulan sekali Daud dan anak buahnya sedang bersembunyi di gua itu juga, lebih ke dalam lagi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

4 Lalu orang Daud berkata kepadanya, “Inilah hari yang difirmankan TUHAN kepada tuan, ‘Sesungguhnya, Aku akan menyerahkan musuhmu ke dalam tanganmu. Lakukanlah terhadap dia menurut apa yang kaupandang baik.’ ” Daud pun mendekat lalu memotong bucu jubah Saul secara diam-diam.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Raja Saul sampai di suatu tempat dekat beberapa buah kandang domba di tepi jalan. Raja Saul masuk ke dalam gua di situ untuk membuang air besar. Kebetulan sekali Daud dan anak buahnya sedang bersembunyi di gua itu juga, lebih ke dalam lagi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 24:4
13 Iomraidhean Croise  

Kemudian mereka memberikan kepala itu kepada Raja Daud di Hebron. Mereka berkata, “Inilah kepala Raja Isyboset putera Raja Saul, musuh tuanku yang cuba membunuh tuanku. Pada hari ini TUHAN telah membalas perbuatan Raja Saul dan keturunannya bagi tuanku.”


Semua orang yang bekerja untuk aku tahu bahawa orang yang tidak kukenal, aku jamu di rumahku.


Sajak Daud, ketika dia berada di dalam gua.


Untuk pemimpin koir. Menurut lagu: Jangan Musnahkan. Mazmur Daud, pada masa dia lari ke dalam gua untuk menghindari Raja Saul.


Tetapi jika dia tidak sengaja dan tidak berniat untuk membunuhnya, orang itu boleh melarikan diri ke suatu tempat yang akan Aku tunjukkan kepada kamu. Di situ orang itu akan mendapat perlindungan.


Kemudian Daud meninggalkan kota Gat dan bersembunyi di gua dekat kota Adulam. Apabila abang-abangnya dan semua anggota keluarganya mendengar bahawa dia berada di situ, mereka datang kepadanya.


Yonatan berkata kepadanya, “Jangan takut, engkau tidak akan jatuh ke tangan bapaku. Dia tahu betul bahawa engkaulah yang akan menjadi raja Israel dan bahawa aku akan mendapat kedudukan di bawahmu.”


Raja Saul diberitahu bahawa Daud sudah pergi ke Kehila, lalu Raja Saul berkata dalam hati, “Sekarang Allah telah menyerahkan Daud ke dalam tanganku. Daud sudah terperangkap kerana masuk ke dalam kota yang bertembok dan mempunyai pintu gerbang yang berpalang.”


seraya berkata, “Mengapa tuanku mendengarkan cakap orang yang mengatakan bahawa hamba hendak mencelakakan tuanku?


Kemudian Raja Saul bertitah kepada Daud, “Memang kamulah yang benar dan beta bersalah. Kamu telah berlaku begitu baik terhadap beta, walaupun beta telah berlaku jahat terhadapmu.


TUHAN selalu memberkati orang yang setia dan jujur. Meskipun pada hari ini Dia telah menyerahkan tuanku kepada hamba, namun hamba tidak berbuat jahat terhadap tuanku, raja yang sudah dipilih oleh TUHAN.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan