Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 22:8 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

8 Itukah sebabnya kamu bersepakat melawan beta dan tidak seorang pun memberitahu beta bahawa putera beta sendiri sudah memihak kepada si Daud itu? Tiada seorang pun antara kamu memikirkan diri beta. Tiada sesiapa antara kamu memberitahu beta bahawa Daud, anak buah beta sendiri, pada masa ini sedang menunggu kesempatan untuk membunuh beta, dan bahawa Yonatan, putera beta sudah memberikan galakan kepadanya!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

8 sehingga kamu semua bersekongkol melawan aku? Tiada seorang pun memberitahu aku ketika anakku sendiri mengikat perjanjian dengan anak Isai itu. Tiada seorang pun daripada kamu yang mengambil berat terhadap aku atau memberitahu aku bahawa anakku telah menghasut pegawaiku untuk melawan aku sambil dia menunggu kesempatan untuk bertindak sebagaimana yang terjadi pada hari ini.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

8 Itukah sebabnya kamu bersepakat melawan beta dan tidak seorang pun memberitahu beta bahawa putera beta sendiri sudah memihak kepada si Daud itu? Tiada seorang pun antara kamu memikirkan diri beta. Tiada sesiapa antara kamu memberitahu beta bahawa Daud, anak buah beta sendiri, pada masa ini sedang menunggu kesempatan untuk membunuh beta, dan bahawa Yonatan, putera beta sudah memberikan galakan kepadanya!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 22:8
12 Iomraidhean Croise  

Raja negeri Siria menjadi sangat gusar kerana hal itu. Baginda memanggil para panglima lalu bertanya kepada mereka, “Siapakah antara kamu yang berpihak kepada raja Israel?”


Allah menggerakkan mereka supaya mendengarkan Dia, dan menakutkan mereka dengan amaran-Nya.


Raja Saul dan Daud selesai bercakap-cakap. Selepas itu, putera Raja Saul yang bernama Yonatan sangat tertarik kepada Daud, dan mula mengasihinya seperti dia mengasihi dirinya sendiri.


Yonatan bersumpah untuk bersahabat dengan Daud selama-lamanya, kerana dia sangat mengasihi Daud.


Yonatan menjawab, “Jangan berkata begitu! Demi Allah, engkau tidak akan dibunuh! Bapaku selalu memberitahu aku segala rancangannya, yang mustahak mahupun yang tidak mustahak. Dia tidak pernah merahsiakan apa pun terhadap aku. Perkara itu tidak benar!”


Kemudian Yonatan berkata kepada Daud, “Semoga Allah menyertai engkau. TUHAN akan memastikan agar kita dan keturunan kita selalu memegang perjanjian kita berdua di hadapan-Nya.”


Aku minta pertolonganmu kerana kita sudah mengikat perjanjian di hadapan TUHAN. Namun jika aku bersalah, bunuhlah aku, tetapi jangan serahkan aku kepada bapamu.”


Raja Saul bertanya kepadanya, “Mengapa kamu dan Daud bersepakat melawan beta? Mengapa kamu memberikan makanan dan pedang kepadanya? Mengapa kamu minta petunjuk daripada Allah baginya? Sekarang dia memberontak terhadap beta, dan sedang menunggu kesempatan untuk membunuh beta!”


Raja Saul bertitah, “Semoga kamu diberkati TUHAN kerana berbuat baik kepada beta.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan