Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 22:2 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Semua orang yang tertindas, atau yang mempunyai hutang, atau yang berasa tidak puas, juga bergabung dengan Daud, lalu Daud menjadi pemimpin mereka. Jumlah pengikut Daud ada kira-kira empat ratus orang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

2 Semua orang yang ada dalam kesesakan, yang berhutang, dan yang sakit hati juga datang berkumpul bersama-samanya, dan dia menjadi ketua mereka. Ada kira-kira empat ratus orang lelaki yang menyertainya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Semua orang yang tertindas, atau yang mempunyai hutang, atau yang berasa tidak puas, juga bergabung dengan Daud, lalu Daud menjadi pemimpin mereka. Jumlah pengikut Daud ada kira-kira empat ratus orang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 22:2
22 Iomraidhean Croise  

Tuanku tentu tahu bahawa Raja Daud dan anak buahnya itu pejuang yang gagah berani. Mereka seganas beruang betina yang kehilangan anaknya. Lagipun Raja Daud seorang askar berpengalaman, yang tidak pernah bermalam bersama-sama anak buahnya.


Sejak dahulu, bahkan ketika Raja Saul masih raja kami, tuanku telah pun memimpin tentera Israel berperang. TUHAN juga sudah berjanji kepada tuanku bahawa tuanku akan memimpin umat-Nya dan menjadi raja mereka.”


kembali kepada Raja Hizkia, raja umat TUHAN. Yesaya menyampaikan firman ini kepadanya, “Demikianlah firman TUHAN, Allah nenek moyang tuanku Daud, ‘Aku telah mendengarkan doamu. Aku nampak air matamu. Aku akan menyembuhkan engkau dan dalam tiga hari engkau akan pergi ke Rumah TUHAN.


Pada suatu hari, balu seorang nabi datang kepada Elisa dan berkata, “Tuan, suami saya telah meninggal! Tuan tahu bahawa dia seorang yang taat kepada Allah tetapi dia berhutang kepada seseorang. Sekarang orang itu datang untuk merampas dua orang anak lelaki saya dan menjadikan mereka abdi untuk membayar hutang mendiang suami saya.”


Arak minuman untuk orang yang hampir mati dan yang sengsara.


Sejak Yohanes Pembaptis mengkhabarkan beritanya sehingga saat ini, Pemerintahan Allah telah dilawan oleh orang ganas yang berusaha menguasainya dengan kekerasan.


Marilah kepada-Ku, hai kamu semua yang lelah kerana memikul beban yang berat; Aku akan membebaskan kamu daripada beban kamu.


Memang sudah sepatutnya Allah, yang menciptakan dan memeliharakan segala sesuatu, menjadikan Yesus, penyelamat yang sempurna melalui penderitaan. Dengan demikian Allah dapat membawa banyak orang ikut menikmati kemuliaan Yesus, kerana Yesus itu pemimpin yang membawa orang kepada penyelamatan.


Oleh itu Yefta lari daripada saudara-saudaranya lalu tinggal di wilayah Tob. Di sana dia mengetuai segerombolan orang jahat, lalu mereka pergi merompak.


Orang suku Dan berkata kepadanya, “Diamlah! Jika tidak, semua orang ini akan marah dan menyerang kamu. Nanti kamu dan seluruh keluargamu akan mati.”


Dari gua itu Daud pergi ke Mizpa di negeri Moab. Dia berkata kepada raja Moab, “Tolonglah benarkan ibu bapa hamba tinggal dengan tuanku sehingga hamba tahu kehendak Allah untuk hamba.”


Oleh itu Daud serta anak buahnya, kira-kira enam ratus orang, segera meninggalkan Kehila dan mengembara dari satu tempat ke tempat yang lain. Apabila Raja Saul mendengar bahawa Daud sudah pergi dari Kehila, baginda membatalkan rancangannya.


“Ikatlah pedang kamu di pinggang masing-masing!” perintah Daud. Dengan segera anak buah Daud mentaati perintahnya. Daud juga mengikat pedangnya di pinggangnya lalu berangkat bersama dengan kira-kira empat ratus orang, sedang dua ratus orang yang lain tinggal untuk menjaga barang-barang.


Kini Daud dalam kesusahan besar. Anak buahnya marah terhadapnya kerana mereka sudah kehilangan anak isteri. Mereka mengancam untuk merejam Daud, tetapi TUHAN Allahnya menguatkan hatinya.


“Esok pagi kira-kira waktu begini, Aku akan mengutus seorang lelaki daripada suku Benyamin berjumpa dengan engkau. Lumurilah kepalanya dengan minyak sebagai tanda untuk melantiknya menjadi raja umat-Ku Israel. Dia akan membebaskan umat-Ku daripada orang Filistin. Aku sudah melihat penderitaan umat-Ku, dan Aku sudah mendengar tangisan mereka minta tolong.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan