1 Samuel 20:1 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)1 Kemudian Daud lari dari Nayot dekat Rama, lalu pergi berjumpa dengan Yonatan. Dia bertanya kepada Yonatan, “Apakah yang sudah aku lakukan? Apakah kesalahanku? Apakah dosaku terhadap bapamu sehingga bapamu hendak membunuh aku?” Faic an caibideilAlkitab Versi Borneo1 Maka larilah Daud dari Nayot, dekat Rama lalu sampailah dia kepada Yonatan. Berkatalah dia, “Apakah yang telah kuperbuat? Apakah kesalahanku dan apa dosaku terhadap ayahmu, sehingga dia ingin sekali mencabut nyawaku?” Faic an caibideilAlkitab Berita Baik1 Kemudian Daud lari dari Nayot dekat Rama, lalu pergi berjumpa dengan Yonatan. Dia bertanya kepada Yonatan, “Apakah yang sudah aku lakukan? Apakah kesalahanku? Apakah dosaku terhadap bapamu sehingga bapamu hendak membunuh aku?” Faic an caibideil |
Kami merasa bangga kerana hati nurani kami meyakinkan kami bahawa hidup kami di dunia ini, terutama sekali hubungan kami dengan kamu, dikuasai oleh keikhlasan dan ketulusan yang dikurniakan oleh Allah. Kami melakukannya bukan dengan kebijaksanaan manusia, tetapi dengan kebolehan yang diberikan oleh Allah.
Sekarang ini, aku berdiri di hadapan kamu. Jika aku sudah melakukan kesalahan, tuduhlah aku di hadapan TUHAN dan raja yang dipilih-Nya. Pernahkah aku merampas lembu atau keldai orang lain? Pernahkah aku menipu atau menindas orang lain? Pernahkah aku menerima rasuah daripada orang? Katakanlah, supaya apa saja yang sudah aku ambil dapat kukembalikan.”
Lihatlah, ayahanda! Lihatlah potongan jubah tuanku yang hamba pegang ini! Sebenarnya hamba dapat membunuh tuanku, tetapi hamba hanya memotong sedikit tepi jubah tuanku. Hal ini membuktikan bahawa hamba tidak bermaksud jahat ataupun derhaka. Tuanku mengejar-ngejar hamba untuk membunuh hamba, meskipun hamba tidak bersalah sedikit pun terhadap tuanku.