Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 2:7 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

7 TUHAN menyebabkan sebilangan orang papa, dan menjadikan yang lain kaya. Dia merendahkan sebilangan orang, dan meninggikan yang lain.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

7 TUHAN memapakan dan mengayakan, Dia merendahkan dan juga meninggikan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

7 TUHAN menyebabkan sebilangan orang papa, dan menjadikan yang lain kaya. Dia merendahkan sebilangan orang, dan meninggikan yang lain.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 2:7
17 Iomraidhean Croise  

Kemudian mereka berdua masuk ke dalam bilik, lalu nabi muda itu menuangkan minyak zaitun ke atas kepala Yehu sambil berkata, “TUHAN, Allah Israel mengisytiharkan, ‘Dengan ini Aku melantik engkau menjadi raja umat-Ku Israel.


Segala harta dan kekayaan berasal daripada-Mu; segala sesuatu Engkau kuasai dengan kekuatan dan kekuasaan-Mu; Engkau berkuasa membuat sesiapa sahaja menjadi orang besar dan kuat.


Raja Hizkia menjadi sangat kaya dan setiap orang menghormati baginda. Raja Hizkia membina stor-stor untuk menyimpan emas, perak, batu permata, rempah, perisai, dan barang-barang berharga yang lain.


Allah juga mengurniakan domba dan lembu kepada baginda, serta sangat banyak harta lain sehingga baginda dapat membina banyak kota.


Dia berkata, “Aku dilahirkan tanpa apa-apa, dan aku akan mati tanpa apa-apa juga. TUHAN yang memberikan dan sekarang TUHAN pula yang mengambil semula. Terpujilah nama-Nya!”


Ya, pandanglah orang yang sombong dan tundukkanlah mereka; hancurkanlah orang jahat sekarang juga.


Memang Allah yang meninggikan orang hina, dan membahagiakan orang susah.


Abu menjadi makananku, dan minumanku bercampur air mata


Keadilan tidak datang dari timur atau barat, dari utara atau selatan;


Allah sendirilah yang menjadi hakim, ada yang dihukum dan ada yang dibebaskan.


Orang kaya dan orang miskin mempunyai satu persamaan: TUHAN mencipta kedua-duanya.


Pada hari itu TUHAN Yang Maha Kuasa akan merendahkan semua orang yang meninggikan diri, dan menghukum semua orang yang sombong.


TUHAN akan melemahkan kamu, dan tiada sesiapa pun akan menghormati kamu.


Semua pokok di dalam negeri akan tahu bahawa Akulah TUHAN. Aku menebang pokok yang tinggi, dan membuat pokok yang rendah meninggi. Aku melayukan pokok yang hijau, dan membuat pokok yang kering menghijau. Aku, TUHAN, telah berfirman. Aku akan melaksanakan segala yang Kufirmankan.”


Hendaklah kamu merendahkan diri di hadapan Tuhan, maka Dia akan meninggikan kamu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan