Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 2:6 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

6 TUHAN mematikan manusia, Dia juga menghidupkan mereka. Dia menghantar manusia ke dunia orang mati, dan Dia juga membawa mereka kembali.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

6 TUHAN mematikan dan juga menghidupkan; Dia menurunkan ke alam kubur dan membangkitkan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

6 TUHAN mematikan manusia, Dia juga menghidupkan mereka. Dia menghantar manusia ke dunia orang mati, dan Dia juga membawa mereka kembali.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 2:6
20 Iomraidhean Croise  

TUHAN mengabulkan doa Elia. Anak itu mula bernafas lagi, lalu hidup semula.


Apabila raja Israel membaca surat itu, baginda mengoyakkan pakaiannya kerana dukacita. Titahnya, “Mana boleh raja Siria meminta beta menyembuhkan orang ini? Adakah baginda berpendapat bahawa beta ini Allah yang mempunyai kuasa untuk menghidupkan dan mematikan orang? Tentu baginda mencari-cari sebab untuk bertengkar dengan beta!”


Walaupun Allah menyakitimu, Dia akan mengubatimu; tangan-Nya yang melukakan, tangan-Nya juga yang akan menyembuhkan.


Maut mengepung aku, dan kengerian kubur meliputi aku; aku sangat takut dan cemas.


Engkau menghalang aku turun ke alam maut, dan menyelamatkan aku dari dunia orang mati.


Pujilah Tuhan, kerana Dialah yang menyelamatkan kita; setiap hari Dia menanggung beban kita.


Engkau telah mendatangkan kesusahan dan penderitaan kepada diriku, tetapi Engkau akan memulihkan kekuatanku; Engkau akan menjauhkan aku dari kubur.


waktu untuk membunuh dan waktu untuk menyembuhkan, waktu untuk merobohkan dan waktu untuk membina.


Umat-Mu yang sudah mati akan hidup semula! Mayat mereka akan bangkit semula. Semua yang sudah dimasukkan ke dalam kubur, akan bangun dan bernyanyi dengan sukacita. Seperti embun yang berkilau-kilau menyegarkan bumi, demikian juga TUHAN akan menghidupkan mereka yang sudah lama mati.


Oleh itu bernubuatlah kepada umat-Ku, Israel, dan beritahulah mereka bahawa Aku, TUHAN Raja akan membuka kubur mereka. Aku akan mengeluarkan mereka dari situ dan membawa mereka pulang ke negeri Israel.


Dia berfirman kepadaku, “Hai manusia fana, dapatkah tulang-tulang ini hidup semula?” Aku menjawab, “Ya TUHAN Raja, hanya Engkau yang tahu akan jawapannya!”


Sebagaimana Yunus tinggal tiga hari dan tiga malam di dalam perut ikan besar, demikian juga Anak Manusia akan tinggal tiga hari dan tiga malam di dalam perut bumi.


Yesus berkata kepada Marta, “Akulah yang membangkitkan orang mati dan yang memberikan hidup. Sesiapa yang percaya kepada-Ku akan hidup, meskipun dia sudah mati.


Akulah satu-satunya Allah; tiada yang lain kecuali Aku. Aku mencabut nyawa, dan Aku memberikan nyawa, Aku melukai orang, dan Aku menyembuhkan orang; tidak seorang pun dapat melawan perbuatan-Ku.


Akulah Dia yang hidup! Aku sudah mati, tetapi lihatlah, Aku hidup selama-lamanya. Aku berkuasa atas kematian dan atas dunia orang mati.


Daud menjawab, “Bapamu tahu engkau sangat mengasihi aku. Oleh itu bapamu tidak memberitahu engkau apa yang dicadangkannya, supaya engkau tidak bersedih. Aku bersumpah demi TUHAN yang hidup bahawa sesungguhnya hidupku diancam maut!”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan