Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 2:5 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

5 Orang yang dahulu kenyang, sekarang harus bekerja untuk mencari makan; tetapi yang dahulu lapar, sekarang menjadi kenyang. Isteri yang mandul melahirkan tujuh orang anak, tetapi ibu yang mempunyai banyak anak, ditinggalkan dan dibiarkan merana.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

5 Kalangan yang dahulu kenyang kini menjadi orang upahan demi rezeki, tetapi tiada kelaparan bagi orang yang dahulunya lapar. Yang dahulunya mandul kini tujuh orang anaknya, tetapi dahulu beranak ramai kini terbiar merana.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

5 Orang yang dahulu kenyang, sekarang harus bekerja untuk mencari makan; tetapi yang dahulu lapar, sekarang menjadi kenyang. Isteri yang mandul melahirkan tujuh orang anak, tetapi ibu yang mempunyai banyak anak, ditinggalkan dan dibiarkan merana.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 2:5
11 Iomraidhean Croise  

Dia menganugerahkan anak-anak kepada isteri yang mandul dan menjadikan dia ibu yang bahagia dan terhormat di rumahnya. Pujilah TUHAN!


Hormatilah TUHAN, hai semua umat-Nya, kerana orang yang mentaati-Nya tidak akan berkekurangan.


Negeri menjadi terbiar dan terlantar. Hutan Lebanon menjadi layu; lembah yang subur di Saron menjadi seperti gurun; di Basan dan Gunung Karmel daun-daun gugur.


Hai Yerusalem, dahulu kamu seperti wanita mandul, tetapi sekarang bernyanyilah dan bersorak-sorailah dengan gembira. Sekarang kamu akan mendapat lebih banyak anak daripada wanita yang tidak pernah ditinggalkan suami!


Ibu yang kehilangan tujuh orang anaknya terengah-engah dan pengsan. baginya matahari sudah terbenam selagi hari siang; dia dihina dan dipermalukan. Aku akan menyuruh musuh kamu membunuh orang yang masih hidup antara kamu. Aku, TUHAN, telah berfirman.”


Dia memuaskan orang lapar dengan segala yang baik, tetapi orang kaya diusir-Nya sehingga pergi dengan berhampa tangan.


Tetapi Abraham menjawab, ‘Ingatlah, anakku, seumur hidupmu kamu sudah mendapat segala yang baik, sedangkan Lazarus mendapat segala yang buruk. Tetapi sekarang Lazarus seronok di sini, sebaliknya kamu menderita sengsara.


Di dalam Alkitab tertulis, “Berbahagialah kamu, hai wanita mandul! Bersorak-sorailah dan bersukacitalah, hai kamu yang tidak pernah merasakan sakit bersalin! Wanita yang ditinggalkan suaminya akan mendapat lebih banyak anak daripada wanita yang hidup dengan suaminya.”


Menantumu yang mengasihi kamu telah memperlakukan kamu lebih baik daripada tujuh orang anak lelaki. Sekarang dia telah memberi kamu seorang cucu yang akan memberikan hidup yang baru kepadamu, dan menjamin hari tuamu.”


Hana mengandung lalu melahirkan seorang anak lelaki. Hana menamakan anak itu Samuel, kerana katanya, “Aku sudah memintanya daripada TUHAN.”


Hana selalu disakiti hati dan dihina oleh Penina, madunya itu, kerana TUHAN tidak memberikan anak kepada Hana.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan