Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 2:2 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Tiada sesiapa pun yang suci seperti TUHAN; Dia tidak ada tandingan; hanya Allah kita yang dapat memberikan perlindungan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

2 Tiada yang suci seperti TUHAN. Tiada yang lain kecuali Engkau, tiada batu pejal seperti Allah kita.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Tiada sesiapa pun yang suci seperti TUHAN; Dia tidak ada tandingan; hanya Allah kita yang dapat memberikan perlindungan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 2:2
37 Iomraidhean Croise  

Allahku tempat perlindunganku, aku selamat bersama dengan Dia. Dia melindungi aku seperti perisai; Dia membela dan menjaga aku supaya aku selamat. Dialah penyelamatku; Dia melindungi aku dan menyelamatkan aku daripada keganasan.


TUHAN satu-satunya Allah; hanya Allah pembela kita.


Engkau sungguh agung, ya TUHAN Raja! Engkau tiada tandingan; sejak dahulu kami telah tahu bahawa Engkaulah satu-satunya Allah.


lalu berdoa, “Ya TUHAN, Allah Israel, tiada yang seperti Engkau di langit atau di bumi. Engkau menepati perjanjian-Mu dengan umat-Mu, dan Engkau menunjukkan kasih-Mu kepada mereka apabila mereka taat kepada-Mu dengan segenap hati.


Dia menyelamatkan umat-Nya, dan membuat perjanjian yang kekal dengan mereka. Dia suci dan perkasa!


Aku sangat mengasihi Engkau, ya TUHAN! Engkaulah pembelaku.


Betapa sempurnanya perbuatan Allah ini, firman TUHAN dapat dipercayai. Dia umpama perisai bagi semua orang yang berlindung kepada-Nya.


Kebaikan-Mu, ya Allah, memuncak ke langit. Engkau telah melakukan perkara yang besar-besar; Engkau tiada bandingnya!


Jadilah perlindungan yang kukuh bagiku, serta kubu yang kuat untuk melindungi aku; Engkaulah penaung dan pembelaku.


Siapa lagi yang aku miliki di syurga kecuali Engkau? Tiada lagi yang aku ingini di bumi ini selain Engkau.


Tiada tuhan yang seperti Engkau, ya Tuhan, tiada yang dapat melakukan apa yang Engkau lakukan.


Semua makhluk syurga memuji perbuatan-Mu yang ajaib, dan menyanyikan kesetiaan-Mu, ya TUHAN.


Engkau dihormati di sidang makhluk suci, dan sangat ditakuti oleh semua yang di sekeliling-Mu.


Setiap orang akan memuji nama-Nya yang agung dan mulia. Sucilah Dia!


Pujilah TUHAN, Allah kita; sujudlah di hadapan takhta-Nya! Sucilah Dia!


Pujilah TUHAN, Allah kita dan sembahlah Dia di atas bukit-Nya yang suci! TUHAN, Allah kita suci.


Ya TUHAN, siapakah antara tuhan-tuhan yang seperti Engkau? Siapakah yang seperti Engkau, mulia dan suci? Siapakah yang dapat melakukan mukjizat dan perbuatan menakjubkan seperti yang Engkau lakukan?


Dengan siapakah dapat kamu samakan Allah? Siapakah yang kamu anggap serupa dengan Dia?


TUHAN yang memerintah dan melindungi Israel, TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman, “Akulah yang pertama dan yang terakhir, Allah satu-satunya; selain Aku, tiada yang lain.


Janganlah takut, hai umat-Ku! Kamu tahu bahawa sejak dahulu hingga sekarang Aku telah bernubuat tentang segala yang akan berlaku; kamulah saksi-saksi-Ku. Selain Aku, tiada yang lain, dan tiada pelindung lain yang belum Aku ketahui.”


Akulah Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Suci, yang hidup selama-lamanya. Aku tinggal di tempat yang tinggi dan suci, tetapi Aku tinggal juga bersama-sama orang yang rendah hati dan yang bertaubat daripada dosa, supaya Aku dapat memulihkan keyakinan dan harapan mereka.


Makhluk-makhluk itu berseru satu sama lain, “Suci, suci, suci! Sucilah TUHAN Yang Maha Kuasa! Bumi penuh dengan hadirat-Nya yang mulia.”


Ya TUHAN, Engkau tiada taranya; Engkau sungguh perkasa, nama-Mu agung dan berkuasa.


Akulah TUHAN, Allah kamu; berhati-hatilah agar kamu tetap suci, kerana Aku suci.


Akulah TUHAN yang membawa kamu keluar dari Mesir, supaya Aku boleh menjadi Allah kamu. Hendaklah kamu suci kerana Aku suci.


memberitahu umat Israel, “Kamu harus suci kerana Aku TUHAN, Allah kamu suci.


Segala yang tertulis di dalam Alkitab adalah untuk mengajar kita, supaya kita mempunyai harapan kerana ajaran daripada Alkitab menyebabkan kita bersabar dan berteguh hati.


Berbahagialah dia yang dosanya tidak diperhitungkan oleh Allah!”


‘Ya TUHAN Raja, aku tahu bahawa apa yang sudah Engkau tunjukkan kepadaku hanya permulaan perkara besar dan ajaib yang akan Engkau lakukan. Tiada tuhan lain di langit ataupun di bumi yang dapat melakukan perkara ajaib yang telah Engkau lakukan.


‘Aku tidak mahu menolong mereka lagi,’ firman-Nya, ‘Aku hendak melihat apa yang akan berlaku kepada mereka, umat yang degil dan tidak setia.


Akulah satu-satunya Allah; tiada yang lain kecuali Aku. Aku mencabut nyawa, dan Aku memberikan nyawa, Aku melukai orang, dan Aku menyembuhkan orang; tidak seorang pun dapat melawan perbuatan-Ku.


TUHAN pembela kamu yang perkasa, Dia sempurna dan adil dalam segala perkara; Allah kamu setia, tidak ada kecurangan pada-Nya, Dia melakukan yang baik dan yang benar.


TUHAN telah melakukan semua perkara itu supaya kamu tahu bahawa Dia satu-satunya Allah, dan tidak ada yang lain.


Oleh itu ingatlah hari ini dan jangan lupa bahawa TUHAN satu-satunya Allah di langit dan di bumi; tidak ada yang lain.


Di dalam Alkitab tertulis, “Hendaklah kamu suci, kerana Aku suci.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan