Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 2:18 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

18 Sementara itu, Samuel yang masih kanak-kanak terus mengabdi kepada TUHAN. Samuel memakai baju khas daripada kain linen, seperti baju ibadat para imam.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

18 Sementara itu, Samuel menjadi penyelenggara ibadat di hadapan TUHAN. Anak itu memakai baju efod daripada kain linen.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

18 Sementara itu, Samuel yang masih kanak-kanak terus mengabdi kepada TUHAN. Samuel memakai baju khas daripada kain linen, seperti baju ibadat para imam.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 2:18
9 Iomraidhean Croise  

Raja Daud menari-nari dengan penuh semangat untuk menghormati TUHAN. Pada waktu itu baginda hanya memakai kain linen pendek yang diikat pada pinggangnya.


Pada masa itu Raja Daud memakai jubah daripada kain linen halus. Demikian juga pakaian para pemuzik dan Kenanya, pemimpin mereka, serta semua orang Lewi yang mengangkat Tabut itu. Raja Daud juga memakai efod daripada kain linen.


Suruhlah mereka membuat penutup dada, efod, jubah, baju labuh bersulam, serban, dan ikat pinggang. Mereka harus membuat pakaian imam itu untuk abangmu Harun dan anak-anaknya supaya mereka dapat mengabdikan diri kepada-Ku sebagai imam.


Setelah itu Musa mengenakan pakaian imam pada Harun: baju labuh, jubah, dan ikat pinggang. Dia juga mengenakan efod pada Harun. Musa mengikat efod itu pada pinggang Harun dengan ikat pinggang yang ditenun halus.


(Imam yang membawa efod pada masa itu ialah Ahiya anak Ahitub, cucu Pinehas anak Eli; Eli ialah imam TUHAN di Silo. Ahitub ialah saudara Ikabod). Tidak ada orang di situ tahu bahawa Yonatan sudah pergi dari tempat itu.


Selepas itu Elkana pulang ke rumahnya di Rama, tetapi Samuel, anak itu tinggal di Silo dan mengabdi kepada TUHAN di bawah pengawasan Imam Eli.


Daripada semua suku Israel, Aku memilih keluarganya menjadi imam-Ku untuk bertugas di mazbah, membakar kemenyan, dan memakai baju efod ketika meminta petunjuk daripada-Ku. Aku memberi mereka hak untuk mengambil sebahagian daripada korban yang dibakar di atas mazbah.


Oleh itu Raja Saul bertitah kepada Doeg, “Engkau bunuhlah mereka!” Lalu Doeg membunuh semua imam itu. Pada hari itu dia membunuh lapan puluh lima orang imam yang berlayak memakai efod.


Sementara itu, Samuel yang masih kanak-kanak, sedang mengabdi kepada TUHAN di bawah pengawasan Eli. Pada masa itu jarang sekali ada firman dan penglihatan daripada TUHAN.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan