Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 2:16 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

16 Jika orang itu menjawab, “Sebaiknya kita mentaati peraturan dan membakar lemak itu dahulu; selepas itu bolehlah kamu mengambil apa yang kamu suka,” maka hamba itu akan berkata, “Tidak! Serahkan daging itu kepadaku sekarang juga! Jika tidak, aku akan mengambilnya dengan paksa.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

16 Jika orang itu berkata kepadanya, “Lemaknya harus dibakar dahulu. Setelah itu, ambillah sesuka hatimu,” maka hamba itu akan menjawab dia, “Berikan sekarang juga. Kalau tidak, aku akan mengambilnya dengan paksa!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

16 Jika orang itu menjawab, “Sebaiknya kita mentaati peraturan dan membakar lemak itu dahulu; selepas itu bolehlah kamu mengambil apa yang kamu suka,” maka hamba itu akan berkata, “Tidak! Serahkan daging itu kepadaku sekarang juga! Jika tidak, aku akan mengambilnya dengan paksa.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 2:16
9 Iomraidhean Croise  

Setiap orang yang menjadi gabenor sebelum aku telah menjadi beban kepada rakyat kerana gabenor itu menuntut 40 wang perak sehari bagi makanan dan wain. Bahkan pegawai-pegawai mereka pun menindas rakyat, tetapi aku tidak berbuat demikian kerana aku takut dan hormat akan Allah.


Imam yang bertugas akan membakar semuanya di atas mazbah. Bau persembahan makanan itu menyenangkan hati TUHAN. Semua lemak binatang adalah untuk TUHAN.


Umat-Ku telah ditipu oleh nabi-nabi yang menjanjikan keamanan kepada orang yang memberi mereka wang, tetapi mengancam dan memusuhi orang yang tidak memberikan apa-apa. TUHAN berfirman kepada nabi-nabi itu,


Orang suku Dan berkata kepadanya, “Diamlah! Jika tidak, semua orang ini akan marah dan menyerang kamu. Nanti kamu dan seluruh keluargamu akan mati.”


Tambahan pula, hamba itu akan datang sebelum lemak binatang itu dipisahkan untuk dibakar, lalu dia berkata kepada orang yang mempersembahkan korban itu, “Berikanlah daging yang masih mentah itu kepada imam supaya dipanggangnya; dia tidak mahu menerima daging yang sudah direbus.”


Demikianlah kedua-dua orang anak Eli itu berdosa besar di sisi TUHAN, kerana mereka meremehkan persembahan korban untuk TUHAN.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan