Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 2:12 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

12 Anak-anak Eli sangat jahat. Mereka tidak mengendahkan TUHAN.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

12 Amat jahatnya kelakuan anak-anak lelaki Eli. Mereka tidak mengenal TUHAN.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

12 Anak-anak Eli sangat jahat. Mereka tidak mengendahkan TUHAN.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 2:12
23 Iomraidhean Croise  

Kemudian suruhlah dua orang jahat duduk menghadap Nabot dan menuduh dia bahawa dia telah mengutuk Allah dan raja. Setelah itu bawalah dia ke luar kota dan rejamlah dia sampai mati.”


Dua orang jahat itu datang dan duduk di hadapan Nabot. Mereka menuduh Nabot di hadapan orang ramai bahawa dia telah mengutuk Allah dan raja. Oleh itu Nabot dibawa ke luar kota lalu direjam sampai mati.


Para imam tidak bertanya, ‘Di manakah TUHAN?’ Para imam-Ku pun tidak tahu siapa Aku. Para penguasa memberontak terhadap Aku; para nabi berucap demi nama Baal dan menyembah berhala yang sia-sia.”


Dia mengadili perkara orang miskin dengan adil; segala sesuatu berjalan dengan baik untuknya. Itulah ertinya mengenal TUHAN.


Mereka selalu sedia untuk berdusta; di seluruh negeri, yang benar tidak berkuasa, sebaliknya ketidakjujuran merajalela. TUHAN berfirman, “Umat-Ku tidak henti-henti melakukan kejahatan, mereka tidak mengakui Aku sebagai Allah mereka.”


Para imam melanggar hukum-Ku dan tidak menghormati apa yang suci bagi-Ku. Mereka tidak membezakan apa yang suci dan apa yang tidak suci. Mereka tidak mengajar perbezaan antara yang halal dan yang haram. Mereka tidak menghiraukan hari Sabat. Akibatnya umat Israel tidak menghormati Aku.


Mereka akan melakukan perkara-perkara ini terhadap kamu, kerana mereka belum mengenal Bapa ataupun Aku.


Jika orang mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang sudah Engkau utus, maka mereka mendapat hidup sejati dan kekal.


Kamu tidak mengenal Dia, tetapi Aku mengenal Dia. Jika Aku berkata Aku tidak mengenal Dia, Aku pendusta seperti kamu. Aku mengenal Dia dan Aku mentaati firman-Nya.


Mereka mengenal Allah, tetapi mereka tidak menghormati Dia sebagai Allah. Mereka tidak bersyukur kepada-Nya. Sebaliknya mereka memikirkan perkara yang bukan-bukan, dan fikiran mereka dipenuhi kegelapan.


Kristus tidak dapat bersetuju dengan Iblis. Orang Kristian tidak mempunyai hal yang sama dengan orang bukan Kristian.


bahawa beberapa orang jahat daripada bangsa kamu sudah menyesatkan penduduk kota mereka sehingga penduduk di situ menyembah tuhan-tuhan yang tidak pernah kamu sembah.


Jika kamu mendengar khabar angin seperti itu, siasatlah hal itu baik-baik. Jika memang benar bahawa perkara jahat itu benar-benar berlaku,


Sedang mereka bersuka-suka, tiba-tiba beberapa orang yang sumbang laku dari kota itu mengepung rumah itu, lalu mula memukul-mukul pintu. Mereka berkata kepada orang tua itu, “Serahkanlah lelaki yang di rumahmu itu. Kami hendak memburit dengan dia!”


Kemudian semua orang Israel daripada generasi itu meninggal. Generasi yang baru tidak mengenal TUHAN kerana mereka tidak mengalami apa yang telah dilakukan oleh TUHAN untuk Israel.


Tetapi ada beberapa orang jahat yang berkata, “Mana mungkin orang ini akan berguna bagi kita?” Mereka menghina Raja Saul dan tidak memberikan hadiah kepadanya, tetapi Raja Saul berpura-pura tidak tahu.


Oleh itu fikirlah baik-baik apa yang harus dilakukan! Perkara ini mungkin mendatangkan bencana kepada tuan kita dan seluruh keluarganya. Tuan kita sangat keras kepala sehingga tidak mahu mendengar nasihat sesiapa pun!”


Aku sudah memberitahu dia bahawa Aku akan menghukum keluarganya untuk selama-lamanya, kerana anak-anaknya telah menghina Aku. Eli tahu akan perbuatan mereka itu, tetapi dia tidak melarang mereka.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan