Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 2:10 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

10 Musuh-musuh TUHAN akan binasa; Dia akan mengguntur dari langit untuk menentang mereka. TUHAN akan menghakimi seluruh dunia; Dia akan memberikan kuasa kepada raja, Dia juga akan memberikan kemenangan kepada raja pilihan-Nya.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

10 TUHAN akan menghancurleburkan kalangan yang menentang-Nya, mengecam keras mereka bagaikan guruh di langit. TUHAN akan mengadili seluruh bumi. Dia akan mengurniakan kekuatan kepada raja yang diangkat-Nya dan memberikan kejayaan kepada orang pilihan-Nya.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

10 Musuh-musuh TUHAN akan binasa; Dia akan mengguntur dari langit untuk menentang mereka. TUHAN akan menghakimi seluruh dunia; Dia akan memberikan kuasa kepada raja, Dia juga akan memberikan kemenangan kepada raja pilihan-Nya.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 2:10
50 Iomraidhean Croise  

Kemudian TUHAN mengguntur dari angkasa, dan Yang Maha Tinggi memperdengar suara-Nya.


Dialah yang akan membina rumah bagi-Ku, dan Aku akan memastikan supaya untuk selama-lamanya seorang keturunannya akan memerintah sebagai raja.


Oleh itu beritahulah hamba-Ku Raja Daud bahawa inilah firman-Ku, TUHAN Yang Maha Kuasa, kepadanya, ‘Aku sudah mengambil engkau daripada menjaga domba di padang dan Aku telah menjadikan engkau pemimpin umat-Ku Israel.


Adakah engkau sekuat Aku? Bolehkah suaramu mengguntur sekuat suara-Ku?


Di Sion seorang keturunan Daud akan Aku jadikan raja yang agung; Aku akan mengukuhkan pemerintahan raja pilihan-Ku.


Dia telah menguatkan umat-Nya, supaya Dia dipuji oleh segenap umat-Nya, umat Israel yang dikasihi-Nya. Pujilah TUHAN!


Raja-raja dunia memberontak, para pemerintah berkomplot menentang TUHAN dan raja pilihan-Nya.


Dia berfirman, “Di Sion, bukit-Ku yang suci, Aku telah menabalkan raja-Ku.”


Engkau akan menghancurkan mereka dengan pemerintahan tangan besi; engkau akan menghancurkan mereka seperti periuk tanah.’ ”


Lalu kami akan bersorak-sorak kerana kemenanganmu, dan merayakan kemenanganmu dengan memuji Allah kita. Semoga TUHAN mengabulkan segala permintaanmu.


Sekarang aku tahu bahawa TUHAN memberikan kemenangan kepada raja pilihan-Nya; dari syurga-Nya yang suci TUHAN mengabulkan permintaannya. Oleh kuasa TUHAN, raja mendapat kemenangan yang besar.


Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud.


TUHAN melindungi umat-Nya; Dia membela dan menyelamatkan raja pilihan-Nya.


Takhta yang dikurniakan Allah kepada tuanku akan kekal selama-lamanya. Tuanku memerintah rakyat dengan adil;


Sepanjang hari mereka bergembira, dan memuji Engkau kerana kebaikan-Mu.


Aku akan menghancurkan lawannya, dan membunuh semua yang membenci dia.


Aku akan sentiasa mengasihi dia dan setia kepadanya; Aku akan selalu memberikan kejayaan kepadanya.


apabila TUHAN datang untuk memerintah bumi. Dia akan memerintah penduduk dunia dengan jujur dan adil.


kerana TUHAN datang untuk memerintah bumi. Dia akan memerintah penduduk dunia dengan adil dan jujur.


Ya TUHAN, kekuatan-Mu, sungguh menakjubkan; Engkau menghancurkan musuh sehingga hancur luluh.


Hai orang muda, nikmatilah masa muda kamu. Bergembiralah ketika kamu masih muda. Lakukanlah kehendak kamu, dan ikutilah keinginan hati kamu. Tetapi ingatlah bahawa Allah akan mengadili segala perbuatan kamu.


Allah akan mengadili semua perbuatan kita, yang baik, yang jahat, mahupun yang tersembunyi.


TUHAN Yang Maha Kuasa akan menyelamatkan engkau dengan badai dan gempa bumi yang dahsyat. Dia akan mendatangkan angin ribut dan api yang berkobar-kobar.


Pada suatu hari kelak seorang raja akan memerintah dengan adil, dan pemimpin-pemimpin bangsa akan menjalankan keadilan.


Mereka akan berkata bahawa kemenangan dan keadilan hanya daripada Aku; tetapi semua orang yang membenci Aku akan dipermalukan di hadapan-Ku.


Apabila perkara itu berlaku, Aku akan menjadikan umat Israel bangsa yang kuat. Aku akan memungkinkan engkau, hai Yehezkiel, berkata-kata kepada mereka, supaya mereka tahu bahawa Akulah TUHAN.”


Kemudian Raja itu akan berkata kepada mereka yang di sebelah kanan-Nya, ‘Hai kamu yang diberkati Bapa-Ku! Marilah dan nikmatilah Pemerintahan Allah yang telah disediakan oleh Allah untuk kamu sejak dunia ini diciptakan-Nya.


Yesus menghampiri mereka lalu berkata, “Aku telah diberikan segala kuasa di syurga dan di bumi.


Dia mengurniai kita Penyelamat yang berkuasa, seorang keturunan Daud, hamba-Nya.


Sekarang bawa ke mari musuh beta yang tidak mahu beta menjadi raja mereka. Bunuhlah mereka semua di hadapan beta!’ ”


Saudara-saudara tahu bahawa Allah telah memilih Yesus orang Nasaret itu dan memberi Dia Roh Allah dan kekuasaan. Yesus pergi ke serata tempat untuk berbuat baik dan menyembuhkan semua orang yang dikuasai oleh Iblis, kerana Allah menyertai Yesus.


Memang benar Herodes dan Pontius Pilatus mengadakan pertemuan dengan orang bukan Yahudi dan orang Israel di kota ini untuk melawan Yesus Hamba-Mu yang suci, yang Engkau jadikan Penyelamat.


Hal itu demikian kerana kita semua harus menghadap Kristus, yang akan menghakimi kita semua. Setiap orang akan mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatannya di dunia ini - perbuatan baik ataupun jahat.


Semoga semua musuh-Mu, ya TUHAN, mati seperti Sisera; tetapi semoga sahabat-Mu megah seperti suria di angkasa! Kemudian negeri itu aman selama empat puluh tahun.


Sekarang, kamu mempunyai seorang raja pilihan kamu sendiri. Kamu minta seorang raja, dan TUHAN sudah memberikan raja kepada kamu.


Sekarang musim kemarau, bukan? Tetapi aku akan berdoa, lalu TUHAN akan menurunkan guruh dan hujan sebagai jawapan doaku. Apabila perkara itu berlaku, kamu akan sedar betapa besarnya dosa kamu terhadap TUHAN kerana minta seorang raja.”


Kemudian Samuel berdoa, dan pada hari itu juga TUHAN menurunkan guruh serta hujan. Oleh itu, segenap umat itu menjadi takut terhadap TUHAN dan Samuel.


Sekarang ini, aku berdiri di hadapan kamu. Jika aku sudah melakukan kesalahan, tuduhlah aku di hadapan TUHAN dan raja yang dipilih-Nya. Pernahkah aku merampas lembu atau keldai orang lain? Pernahkah aku menipu atau menindas orang lain? Pernahkah aku menerima rasuah daripada orang? Katakanlah, supaya apa saja yang sudah aku ambil dapat kukembalikan.”


Oleh itu Samuel berkata kepada Raja Saul, “Pada hari ini juga TUHAN sudah mengoyakkan kerajaan Israel daripada tuanku dan memberikannya kepada orang lain yang lebih baik daripada tuanku.


Kemudian TUHAN berfirman kepada Samuel, “Berapa lama lagi engkau bersedih hati kerana Saul? Aku sudah menolak dia sebagai raja Israel. Sekarang, bawalah minyak zaitun dan pergilah ke Betlehem, kepada seorang yang bernama Isai, kerana Aku sudah memilih seorang daripada anaknya untuk menjadi raja.”


Sedang Samuel mempersembahkan korban itu, orang Filistin mula menyerang mereka. Tetapi pada saat itu juga, TUHAN mengguntur dari langit untuk melawan orang Filistin. Mereka menjadi kacau-bilau lalu lari kebingungan.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan