Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 2:1 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Kemudian Hana berdoa, “TUHAN menggembirakan hatiku; alangkah bahagianya aku, kerana apa yang sudah dilakukan-Nya bagiku. Sekarang aku mentertawakan musuhku; alangkah sukacitanya aku kerana Allah sudah menolong aku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

1 Lalu berdoalah Hana, “Hatiku bersuka ria kerana TUHAN; Kekuatanku disanjung tinggi kerana TUHAN. Mulutku mengecam para musuhku, kerana aku bersukacita atas pertolongan-Mu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Kemudian Hana berdoa, “TUHAN menggembirakan hatiku; alangkah bahagianya aku, kerana apa yang sudah dilakukan-Nya bagiku. Sekarang aku mentertawakan musuhku; alangkah sukacitanya aku kerana Allah sudah menolong aku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 2:1
37 Iomraidhean Croise  

Demikianlah Raja Yosafat memimpin tenteranya kembali ke Yerusalem dengan kemenangan, kerana TUHAN telah mengalahkan musuh mereka.


Matanya anak Mikha, cucu Zabdi, keturunan Asaf. Dialah pemimpin para penyanyi di Rumah TUHAN apabila menyanyikan doa kesyukuran. Bakbukya, iaitu wakil Matanya. Abda anak Samua, cucu Galal, dan keturunan Yedutun.


Aku memakai kain guni tanda kesedihan, aku duduk di atas debu kerana dikalahkan.


TUHAN menjadikan aku gagah dan perkasa; Dia telah menyelamatkan aku.


Jangan biarkan musuhku berkata bahawa mereka telah mengalahkan aku. Jangan biarkan mereka bergembira kerana kejatuhanku.


Dia telah menguatkan umat-Nya, supaya Dia dipuji oleh segenap umat-Nya, umat Israel yang dikasihi-Nya. Pujilah TUHAN!


Aku sangat mengasihi Engkau, ya TUHAN! Engkaulah pembelaku.


Semoga Dia memberi kamu keinginanmu dan menjayakan segala rancanganmu.


Raja bergembira, ya TUHAN, kerana Engkau menguatkan raja; raja bersukacita kerana kemenangan yang Engkau berikan kepadanya.


Maka aku akan bergembira kerana TUHAN; aku akan bersukacita kerana Dia menyelamatkan aku.


Maka aku akan mengajarkan perintah-Mu kepada orang berdosa, dan mereka akan kembali kepada-Mu.


Sepanjang hari aku memuji-Mu dan mengisytiharkan kemuliaan-Mu.


Tetapi aku tidak akan berhenti memberitakan Allah Yakub, ataupun menyanyikan pujian kepada-Nya.


Sepanjang hari mereka bergembira, dan memuji Engkau kerana kebaikan-Mu.


Engkau memberi kami kemenangan yang besar; demi kebaikan-Mu, Engkau membuat kami berjaya.


Aku akan menghancurkan lawannya, dan membunuh semua yang membenci dia.


Kasihanilah aku, ya TUHAN! Lihatlah, musuhku menyengsarakan aku. Selamatkanlah aku daripada maut, ya TUHAN,


Kami tahu bahawa musuh-Mu akan dimusnahkan, dan semua orang jahat akan dikalahkan.


Kemudian Musa dan orang Israel menyanyikan lagu ini untuk TUHAN, “Aku hendak menyanyi untuk TUHAN kerana Dia telah mendapat kemenangan yang cemerlang; Dia telah membuang kuda dan penunggang kuda ke dalam laut.


Miryam bernyanyi untuk mereka, “Bernyanyilah untuk TUHAN kerana Dia telah mendapat kemenangan yang cemerlang; Dia telah membuang kuda dan penunggang kuda ke dalam laut.”


Inilah doa Nabi Habakuk:


aku akan bersukacita dan bergembira selalu, kerana Engkau TUHAN Allah yang menyelamatkan aku.


Dia mengurniai kita Penyelamat yang berkuasa, seorang keturunan Daud, hamba-Nya.


Bukan itu sahaja; kita pun bersukacita kerana apa yang sudah dilakukan oleh Allah melalui Tuhan kita Yesus Kristus. Melalui Kristus, kita sekarang dijadikan sahabat-sahabat Allah.


Yusuf mempunyai kekuatan lembu jantan, dan tanduk lembu jantan hutan. Tanduknya adalah keturunan Manasye yang beribu-ribu, dan keturunan Efraim yang berpuluh-puluh ribu. Dengan semua orang ini dia menanduk bangsa-bangsa, dan mengusir mereka sampai ke hujung bumi.”


Tetapi kitalah orang yang sudah menerima sunat yang benar, bukan mereka. Kita menyembah Allah dengan pertolongan Roh-Nya dan kita bersukacita kerana hidup bersatu dengan Kristus. Kita tidak bergantung kepada upacara yang lahiriah.


Semoga kamu sentiasa bersukacita kerana hidup bersatu dengan Tuhan. Sekali lagi aku berkata: bersukacitalah!


Janganlah khuatir akan apa pun. Dalam segala hal, berdoalah dan mintalah kepada Allah apa yang kamu perlukan. Apabila berdoa kepada Allah, hendaklah kamu selalu mengucap syukur.


Kamu mengasihi Dia meskipun kamu belum pernah melihat Dia. Kamu percaya kepada-Nya meskipun sekarang kamu tidak melihat Dia. Oleh itu, kegembiraan yang kamu alami itu sungguh besar, mulia, dan tidak terkata.


Bersukacitalah, hai syurga, kerana kemusnahan kota itu! Bersukacitalah, hai umat Allah, rasul-rasul, dan nabi-nabi, kerana Allah telah menghukum Babel bagi apa yang sudah dilakukannya terhadap kamu!


Hana selalu disakiti hati dan dihina oleh Penina, madunya itu, kerana TUHAN tidak memberikan anak kepada Hana.


Perkara itu berlangsung selama bertahun-tahun. Setiap kali mereka pergi ke rumah TUHAN, Penina selalu menyakiti hati Hana sehingga Hana menangis dan tidak mahu makan apa-apa.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan