Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 19:2 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 lalu dia berkata kepada Daud, “Bapaku berusaha untuk membunuh kamu. Esok pagi berhati-hatilah. Bersembunyilah di suatu tempat rahsia dan tinggallah di situ.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

2 Oleh itu, Yonatan memberitahukan hal itu kepada Daud. Katanya, “Saul, ayahku, berikhtiar untuk membunuh engkau. Sekarang, berjaga-jagalah. Esok pagi, diamlah di sebuah tempat terlindung dan bersembunyilah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 lalu dia berkata kepada Daud, “Bapaku berusaha untuk membunuh kamu. Esok pagi berhati-hatilah. Bersembunyilah di suatu tempat rahsia dan tinggallah di situ.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 19:2
11 Iomraidhean Croise  

Betapa baiknya umat yang setia kepada Allah! Aku sangat ingin bersama-sama mereka.


Sahabat sentiasa saling mengasihi, dan sanak keluarga saling menanggung kesusahan.


Tetapi anak lelaki saudara perempuan Paulus mendengar berita tentang pakatan itu. Oleh itu dia masuk ke kubu dan memberitahu Paulus hal itu.


Tetapi rancangan mereka diketahui oleh Saulus. Siang malam mereka menunggu di pintu gerbang kota untuk membunuh dia.


Raja Saul memberitahu Yonatan, puteranya, dan semua pegawainya bahawa baginda merancang untuk membunuh Daud. Tetapi Yonatan sangat mengasihi Daud,


Aku akan pergi ke padang bersama dengan bapaku dan berdiri dekat tempat kamu bersembunyi. Lalu aku akan bercakap dengan dia tentang maksudnya terhadapmu. Jika aku mengetahui apa-apa, aku akan memberitahu kamu.”


Yonatan menjawab, “Jangan berkata begitu! Demi Allah, engkau tidak akan dibunuh! Bapaku selalu memberitahu aku segala rancangannya, yang mustahak mahupun yang tidak mustahak. Dia tidak pernah merahsiakan apa pun terhadap aku. Perkara itu tidak benar!”


Daud menjawab, “Begini, esok Perayaan Bulan Baru. Seharusnya aku makan bersama-sama raja. Tetapi jika kamu setuju, aku akan pergi bersembunyi di padang sampai lusa malam.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan