Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 18:1 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Raja Saul dan Daud selesai bercakap-cakap. Selepas itu, putera Raja Saul yang bernama Yonatan sangat tertarik kepada Daud, dan mula mengasihinya seperti dia mengasihi dirinya sendiri.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

1 Setelah Daud selesai berbicara dengan Saul, berpadulah jiwa Yonatan dengan jiwa Daud, dan Yonatan mengasihi Daud seperti mengasihi dirinya sendiri.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Raja Saul dan Daud selesai bercakap-cakap. Selepas itu, putera Raja Saul yang bernama Yonatan sangat tertarik kepada Daud, dan mula mengasihinya seperti dia mengasihi dirinya sendiri.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 18:1
17 Iomraidhean Croise  

Yehuda berkata kepada Yusuf, “Oleh itu, jika saya kembali kepada bapa saya tanpa anak itu, tentu bapa saya akan meninggal. Nyawanya bergantung kepada anak itu, dan dia sudah sangat tua sehingga kesedihan yang kami datangkan kepadanya akan mengakibatkan kematiannya.


Aku bersedih keranamu, hai Yonatan, saudaraku. Alangkah baiknya engkau terhadapku! Alangkah mulianya kasihmu terhadapku, bahkan lebih mulia daripada kasih wanita.


Daud menemui mereka dan berkata, “Jika kamu datang sebagai sahabat untuk menolong saya, sila bergabung dengan kami. Kami menyambut kamu dengan senang hati. Tetapi jika kamu hendak mengkhianati saya dan menyerahkan saya kepada musuh, walaupun saya tidak pernah berbuat jahat kepada kamu, Allah yang disembah nenek moyang kita akan mengetahuinya dan Dia akan menghukum kamu.”


Ajarlah aku kehendak-Mu, ya TUHAN, dan aku akan menurutnya dengan setia; ajarlah aku menghormati Engkau dengan sungguh-sungguh.


Ada sahabat yang tidak setia, ada pula yang lebih karib daripada saudara kandung.


Bahkan saudara kamu, atau anak lelaki kamu, atau anak perempuan kamu, atau isteri yang kamu kasihi, atau sahabat karib kamu pun, mungkin dengan diam-diam memujuk kamu untuk menyembah tuhan-tuhan lain, yang tidak pernah kamu sembah, dan yang tidak pernah disembah oleh nenek moyang kamu.


Aku berbuat demikian supaya kamu dan mereka berteguh hati, dan juga bersatu kerana saling mengasihi. Dengan demikian kamu dan mereka sungguh-sungguh meyakini dan mengerti serta mengenal rahsia Allah, iaitu Kristus sendiri.


Demikianlah umat Israel bersatu untuk menyerang kota itu.


Tetapi rakyat berkata kepada Raja Saul, “Haruskah Yonatan dihukum mati? Bukankah dia yang sudah mendapat kemenangan yang besar ini? Kami berjanji demi TUHAN yang hidup, bahawa seutas rambut Yonatan pun tidak akan diusik! Dengan pertolongan TUHAN, dia telah mendapat kemenangan pada hari ini.” Demikianlah rakyat menyelamatkan Yonatan daripada hukuman mati.


Yonatan bersumpah untuk bersahabat dengan Daud selama-lamanya, kerana dia sangat mengasihi Daud.


Raja Saul memberitahu Yonatan, puteranya, dan semua pegawainya bahawa baginda merancang untuk membunuh Daud. Tetapi Yonatan sangat mengasihi Daud,


lalu dia berkata kepada Daud, “Bapaku berusaha untuk membunuh kamu. Esok pagi berhati-hatilah. Bersembunyilah di suatu tempat rahsia dan tinggallah di situ.


Itulah kali kedua Yonatan minta Daud berjanji untuk mengasihinya, kerana dia sendiri mengasihi Daud seperti dirinya sendiri.


Aku minta pertolonganmu kerana kita sudah mengikat perjanjian di hadapan TUHAN. Namun jika aku bersalah, bunuhlah aku, tetapi jangan serahkan aku kepada bapamu.”


Itukah sebabnya kamu bersepakat melawan beta dan tidak seorang pun memberitahu beta bahawa putera beta sendiri sudah memihak kepada si Daud itu? Tiada seorang pun antara kamu memikirkan diri beta. Tiada sesiapa antara kamu memberitahu beta bahawa Daud, anak buah beta sendiri, pada masa ini sedang menunggu kesempatan untuk membunuh beta, dan bahawa Yonatan, putera beta sudah memberikan galakan kepadanya!”


Kemudian Daud dan Yonatan mengikat janji persahabatan di hadapan TUHAN. Setelah itu Yonatan pulang ke rumahnya, sedangkan Daud tetap tinggal di Hores.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan