Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 15:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Pergilah serang orang Amalek, binasakanlah mereka dan hancurkanlah segala yang ada pada mereka. Jangan tinggalkan sesuatu apa pun. Bunuhlah semua lelaki, perempuan, kanak-kanak, bayi, lembu, domba, unta, dan keldai.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

3 Sekarang pergilah, seranglah orang Amalek. Tumpaskanlah segala sesuatu yang ada pada mereka. Jangan sayangi mereka, tetapi musnahkanlah lelaki dan perempuan, anak-anak dan bayi-bayi yang menyusu, lembu dan domba, unta dan keldai.’ ”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Pergilah serang orang Amalek, binasakanlah mereka dan hancurkanlah segala yang ada pada mereka. Jangan tinggalkan sesuatu apa pun. Bunuhlah semua lelaki, perempuan, kanak-kanak, bayi, lembu, domba, unta, dan keldai.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 15:3
20 Iomraidhean Croise  

Baginda bertanya siapa saya, lalu saya memberitahu baginda bahawa saya orang Amalek.


Kemudian TUHAN berfirman kepada Musa, “Tulislah peristiwa ini supaya dapat dikenang. Beritahulah Yosua bahawa orang Amalek akan Aku binasakan sama sekali.”


Jangan sujud atau sembah kepada patung apa pun, kerana Akulah TUHAN, Allah kamu, dan Aku tidak mahu disamakan dengan apa-apa pun. Aku menghukum orang yang membenci Aku. Aku juga menghukum keturunan mereka sehingga generasi yang ketiga dan keempat.


Kemudian Bileam nampak orang Amalek dalam penglihatannya, lalu dia mengucapkan nubuat ini, “Amalek ialah bangsa yang terkuat antara semua bangsa, tetapi akhirnya bangsa itu akan binasa selama-lamanya.”


Sekarang bunuhlah semua kanak-kanak lelaki dan semua perempuan yang bukan dara lagi,


Dia merebut kota itu dengan rajanya dan semua kota lain yang di sekitarnya. Mereka membunuh tiap-tiap orang di situ. Yosua memperlakukan Debir dan rajanya seperti dia memperlakukan kota Hebron dan Libna, serta raja-raja di sana.


Raja Saul berperang dengan gagah berani, bahkan orang Amalek pun dikalahkannya; Raja Saul membebaskan Israel daripada perompak.


dan Dia sudah memerintah tuanku untuk membunuh orang Amalek yang jahat. Tuanku disuruh-Nya berperang melawan mereka sampai mereka dibunuh semuanya.


tetapi Raja Saul dan anak buahnya tidak membunuh Raja Agag. Mereka juga tidak membunuh domba dan lembu yang paling gemuk, anak lembu dan anak domba yang paling gemuk, dan segala sesuatu yang berharga; mereka hanya membinasakan apa yang tidak berguna dan tidak berharga.


Raja Saul juga memerintah supaya segenap penduduk Nob, kota imam itu, dibunuh semuanya, termasuk lelaki, perempuan, kanak-kanak, bayi, dan juga lembu, keldai, serta domba.


Daud membunuh semua orang lelaki dan wanita, serta merampas semua domba, lembu, keldai, unta, bahkan pakaian juga. Setelah itu dia pulang lalu menghadap Raja Akhis.


Pada waktu fajar menyingsing keesokan harinya, mereka diserang oleh Daud dan pertempuran berlangsung sampai malam. Selain empat ratus orang muda yang melarikan diri dengan menunggang unta, tidak seorang pun antara musuh yang dapat melarikan diri.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan