Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 13:5 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

5 Sementara itu orang Filistin juga berkumpul untuk menyerang orang Israel. Orang Filistin mempunyai tiga puluh ribu buah kereta kuda, enam ribu orang berkuda dan askar sebanyak pasir di pantai. Mereka berkhemah di Mikhmas di sebelah timur Bet-Awen.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

5 Maka berkumpullah orang Filistin untuk memerangi orang Israel dengan tiga ribu buah rata, enam ribu orang anggota tentera berkuda dan pasukan berjalan kaki tidak terkira ramainya bak pasir di tepi laut. Mereka bergerak maju dan berkhemah di Mikhmas, di sebelah timur Bet-Awen.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

5 Sementara itu orang Filistin juga berkumpul untuk menyerang orang Israel. Orang Filistin mempunyai tiga puluh ribu buah kereta kuda, enam ribu orang berkuda dan askar sebanyak pasir di pantai. Mereka berkhemah di Mikhmas di sebelah timur Bet-Awen.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 13:5
21 Iomraidhean Croise  

Aku berjanji akan memberkati engkau dengan berlimpah-limpah dan menjadikan keturunanmu sebanyak bintang di langit serta sebanyak pasir di pantai laut. Keturunanmu akan mengalahkan musuh mereka.


Oleh sebab itu, nasihat hamba begini: Kumpulkanlah semua orang Israel dari seluruh negeri, sehingga jumlahnya sebanyak pasir di pantai. Kemudian tuanku sendiri mengetuai mereka maju bertempur.


Tentera Israel juga dikerah dan dilengkapi senjata. Mereka maju, lalu berkhemah dalam dua pasukan yang bertentangan dengan orang Siria. Tentera Israel nampaknya kecil, hanya seperti dua kawanan kambing jika dibandingkan dengan tentera Siria yang membanjiri kawasan itu.


Ya TUHAN Allah, tepatilah janji yang Engkau buat kepada bapaku. Engkau telah melantik aku menjadi raja bagi satu umat yang begitu besar bilangannya sehingga tidak dapat dihitung.


Tentera musuh telah menawan kota Ayat! Mereka telah melintasi Migron! Mereka meninggalkan bekalan di Mikhmas!


Keturunan kamu akan menjadi sebanyak butir pasir dan Aku akan memastikan supaya mereka tidak binasa.”


Negeri kamu akan penuh dengan balu, lebih banyak daripada pasir di pantai. Aku akan membunuh orang muda sehingga ibu mereka menderita. Dengan tiba-tiba Aku mendatangkan pembinasa sehingga mereka takut dan gelisah.


Penduduk kota Samaria akan takut dan berkabung kerana kehilangan lembu emas di Betel. Mereka dan para imam yang mengabdikan diri kepada lembu emas akan menangis. Mereka akan meraung apabila kemuliaan patung berhala itu lenyap.


Meskipun kamu, umat Israel tidak setia kepada-Ku, jangan pula kamu, Yehuda berbuat demikian. Jangan beribadat di Gilgal, atau di Betel. Jangan buat janji-janji di sana demi nama TUHAN yang hidup.


Tiuplah trompet di Gibea! Bunyikanlah tanda panggilan untuk berperang di Rama! Teriakkanlah pekik peperangan di Betel! Majulah berperang hai kaum Benyamin!


Nabi Yesaya berseru tentang orang Israel, “Sungguhpun bilangan orang Israel sebanyak pasir di laut, hanya sedikit sahaja yang akan diselamatkan;


Raja-raja itu datang dengan angkatan tentera mereka, yang sebanyak pasir di pantai. Mereka juga mempunyai banyak kuda dan kereta kuda.


Di utara, sempadan wilayah mereka bermula dari Sungai Yordan, lalu naik ke lereng di sebelah utara Yerikho, lalu ke barat melalui kawasan perbukitan sampai ke padang gurun Bet-Awen.


Yosua mengirim beberapa orang dari Yerikho ke Ai, sebuah kota di sebelah timur Betel, dekat Bet-Awen. Yosua menyuruh mereka menjelajahi negeri itu. Setelah mereka berbuat demikian,


Orang Midian, orang Amalek, dan suku-suku lain dari padang gurun, tersebar di seluruh lembah itu seperti kawanan belalang. Unta mereka banyak sekali, bagaikan pasir di pantai.


tetapi Samuel bertanya, “Apakah yang sudah tuanku lakukan?” Raja Saul menjawab, “Beta melihat bahawa rakyat sudah mula meninggalkan beta, sedangkan tuan tidak datang pada waktu yang tuan tetapkan. Lagipun, orang Filistin sudah berkumpul di Mikhmas.


baginda memilih tiga ribu orang Israel; daripada jumlah ini, dua ribu orang tinggal bersama-samanya di Mikhmas dan di kawasan perbukitan Betel. Sebanyak seribu orang lain pergi bersama dengan Yonatan, puteranya ke Gibea, di wilayah suku Benyamin. Orang selebihnya disuruh oleh Raja Saul pulang ke rumah masing-masing.


Orang Israel bertempur sepanjang jalan sampai melintasi Bet-Awen. TUHAN menyelamatkan Israel pada hari itu.


Seumur hidup Raja Saul, baginda berperang dengan sengit melawan orang Filistin. Oleh itu bila sahaja baginda nampak orang yang kuat atau berani, baginda akan segera menjadikan orang itu anggota tenteranya.


Pada suatu masa orang Filistin mengerahkan tentera mereka untuk maju berperang, dan berkumpul di kota Sokho, di wilayah Yehuda. Mereka memasang perkhemahan di antara Sokho dan Azeka, dekat Efes-Damim.


Demikianlah orang Filistin dikalahkan. Selama Samuel hidup, TUHAN mencegah orang Filistin menceroboh kawasan Israel.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan