Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 13:4 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Segenap umat Israel diberitahu bahawa Raja Saul telah membunuh panglima Filistin itu, dan bahawa orang Filistin sangat benci akan umat Israel. Oleh itu rakyat menyahut panggilan untuk bergabung dengan Raja Saul di Gilgal.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

4 Semua orang Israel mendengar khabar yang mengatakan, “Saul telah menumpaskan pasukan orang Filistin sehingga orang Filistin sangat membenci orang Israel.” Maka rakyat pun dikerahkan untuk bergabung dengan Saul di Gilgal.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Segenap umat Israel diberitahu bahawa Raja Saul telah membunuh panglima Filistin itu, dan bahawa orang Filistin sangat benci akan umat Israel. Oleh itu rakyat menyahut panggilan untuk bergabung dengan Raja Saul di Gilgal.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 13:4
9 Iomraidhean Croise  

Yakub berkata kepada Simeon dan Lewi, “Kamu menyusahkan aku. Sekarang orang Kanaan dan orang Feris serta semua penduduk negeri ini akan membenci aku. Orang kita tidak banyak; jika semua penduduk itu bersekutu untuk melawan dan menyerang aku, seluruh keluarga kita akan dibinasakan.”


katakanlah kepada baginda bahawa kamu ini gembala ternakan sejak kecil, sama seperti nenek moyang kamu. Dengan demikian raja akan menyuruh kamu tinggal di daerah Gosyen.” Yusuf mengatakan hal itu kerana orang Mesir berasa hina untuk bergaul dengan gembala ternakan.


Kemudian orang Amon sedar bahawa mereka sudah menjadikan Raja Daud musuh mereka. Oleh itu mereka mengupah askar-askar orang Siria: 20,000 orang yang tinggal di Bet-Rehob dan Zoba, dan 12,000 orang dari Tob, serta raja negeri Maakha bersama dengan 1,000 orang anak buahnya.


Mandur-mandur itu berkata kepada Musa dan Harun, “TUHAN melihat apa yang telah kamu lakukan. Dia akan menghukum kamu! Kamulah yang menyebabkan raja dan pegawai-pegawainya membenci kami. Kamu telah memberi mereka alasan untuk membunuh kami.”


Aku hilang kesabaran terhadap tiga orang gembala lain yang membenci aku. Oleh itu aku mengusir mereka dalam masa satu bulan.


TUHAN berfirman kepada Yosua, “Pada hari ini Aku telah menghapuskan kehinaan kamu kerana menjadi hamba di Mesir.” Itulah sebabnya tempat itu dinamakan Gilgal sampai pada hari ini.


Selepas itu kamu harus pergi ke Gilgal lebih awal daripada saya, dan tunggu di sana selama tujuh hari. Kemudian saya akan datang untuk mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati TUHAN, dan korban untuk memohon berkat TUHAN, serta memberitahu kamu apa yang harus kamu lakukan.”


Tetapi Raja Akhis percaya kepada Daud dengan sepenuhnya. Raja Akhis berfikir, “Daud begitu dibenci oleh bangsanya sendiri, sehingga dia terpaksa menjadi hambaku seumur hidupnya.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan