Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 13:2 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 baginda memilih tiga ribu orang Israel; daripada jumlah ini, dua ribu orang tinggal bersama-samanya di Mikhmas dan di kawasan perbukitan Betel. Sebanyak seribu orang lain pergi bersama dengan Yonatan, puteranya ke Gibea, di wilayah suku Benyamin. Orang selebihnya disuruh oleh Raja Saul pulang ke rumah masing-masing.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

2 Saul memilih tiga ribu orang Israel iaitu dua ribu orang menyertai Saul di Mikhmas dan di Gunung Betel manakala seribu orang menyertai Yonatan di Gibea-Benyamin. Rakyat yang selebihnya disuruhnya pulang ke khemah masing-masing.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 baginda memilih tiga ribu orang Israel; daripada jumlah ini, dua ribu orang tinggal bersama-samanya di Mikhmas dan di kawasan perbukitan Betel. Sebanyak seribu orang lain pergi bersama dengan Yonatan, puteranya ke Gibea, di wilayah suku Benyamin. Orang selebihnya disuruh oleh Raja Saul pulang ke rumah masing-masing.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 13:2
24 Iomraidhean Croise  

Di kota Gilgal ada seorang pengacau bernama Seba anak Bikri, daripada suku Benyamin. Dia meniup trompet lalu berseru, “Kita tidak ada hubungan dengan Raja Daud! Jangan ikut baginda! Hai orang Israel, marilah kita pulang!”


Oleh itu, serahkanlah tujuh orang lelaki daripada keturunannya supaya kami menggantung mereka di hadapan TUHAN di Gibea, kota asal Raja Saul, raja pilihan TUHAN.” Raja menjawab, “Baiklah, beta akan menyerahkan mereka kepada kamu.”


Sebilangan orang daripada suku Benyamin tinggal di Geba, Mikhmas, Ai, Betel, dan di pekan-pekan di sekitarnya;


Zela, Elef, Yebus (atau Yerusalem), Gibea dan Kiryat-Yearim; semuanya empat belas buah kota bersama dengan pekan-pekan di sekelilingnya. Itulah tanah yang diterima sebagai milik oleh keluarga-keluarga dalam suku Benyamin.


Yosua memberkati mereka dan melepaskan mereka dengan kata-kata ini, “Kamu sekarang kaya dan kamu pulang dengan membawa banyak ternakan, perak, emas, gangsa, besi, dan pakaian. Bahagi-bahagikanlah barang jarahan yang kamu ambil daripada musuh, dengan sesama suku kamu.” Selepas itu mereka pulang. Musa telah memberikan tanah di sebelah timur Sungai Yordan kepada setengah daripada suku Manasye, dan Yosua telah memberikan tanah di sebelah barat Sungai Yordan kepada setengah lagi suku Manasye, bersama dengan suku-suku lain.


Tetapi tuannya berkata, “Tidak! Kita tidak akan berhenti di kota orang bukan Israel. Kita akan meneruskan perjalanan sedikit lagi dan menginap di Gibea atau Rama.”


Raja Saul juga pulang ke rumahnya di Gibea, diiringi oleh beberapa orang yang gagah perkasa. TUHAN sudah menggerakkan hati mereka untuk mengiringi Raja Saul.


Selepas itu pergilah ke bukit Allah di Gibea. Di sana ada perkhemahan orang Filistin. Di pintu masuk kota, kamu akan berjumpa dengan sekumpulan orang nabi yang turun dari bukit, tempat mazbah itu. Mereka bermain gambus, rebana, seruling, dan kecapi. Mereka menari-nari dan berteriak-teriak.


Pada suatu hari, ketika Raja Saul sudah menjadi raja,


tetapi Samuel bertanya, “Apakah yang sudah tuanku lakukan?” Raja Saul menjawab, “Beta melihat bahawa rakyat sudah mula meninggalkan beta, sedangkan tuan tidak datang pada waktu yang tuan tetapkan. Lagipun, orang Filistin sudah berkumpul di Mikhmas.


Kemudian Samuel meninggalkan Gilgal dan meneruskan perjalanannya. Orang yang lain mengikut Raja Saul untuk bergabung dengan tentera baginda. Kemudian dari Gilgal mereka pergi ke Gibea di wilayah Benyamin. Raja Saul memeriksa pasukan baginda dan mendapati jumlahnya kira-kira enam ratus orang.


Raja Saul, puteranya Yonatan, dan askar mereka berkhemah di Geba di wilayah Benyamin, sedang orang Filistin berkhemah di Mikhmas.


Orang Filistin menempatkan satu pasukan askar untuk mempertahankan genting gunung di Mikhmas.


Sementara itu orang Filistin juga berkumpul untuk menyerang orang Israel. Orang Filistin mempunyai tiga puluh ribu buah kereta kuda, enam ribu orang berkuda dan askar sebanyak pasir di pantai. Mereka berkhemah di Mikhmas di sebelah timur Bet-Awen.


Pada hari itu orang Israel mengalahkan orang Filistin setelah bertempur sepanjang jalan dari Mikhmas sampai ke Ayalon. Pada masa itu mereka sangat lemah kerana kelaparan,


Batu besar yang di sebelah utara menghadap ke arah Mikhmas, dan batu besar yang satu lagi, yang di sebelah selatan menghadap ke arah Geba.


Seumur hidup Raja Saul, baginda berperang dengan sengit melawan orang Filistin. Oleh itu bila sahaja baginda nampak orang yang kuat atau berani, baginda akan segera menjadikan orang itu anggota tenteranya.


Kemudian Samuel pulang ke Rama dan Raja Saul pulang ke rumahnya di Gibea.


Raja Saul memilih tiga ribu orang askar yang terbaik daripada seluruh Israel, lalu berangkat mencari Daud dan anak buahnya di sebelah timur Bukit Batu Kambing Hutan.


Dengan segera Raja Saul berangkat ke padang gurun Zif bersama dengan tiga ribu orang askar yang terbaik di Israel untuk mencari Daud.


Samuel menjelaskan, “Inilah caranya raja kamu akan memperlakukan kamu. Raja akan mengambil anak-anak lelaki kamu untuk dijadikan askar. Ada yang akan menjadi anggota pasukan berkereta kuda, ada pula yang akan menjadi anggota pasukan berkuda, ada lagi yang akan berlari di depan kereta kuda raja.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan