Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 12:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Sekarang ini, aku berdiri di hadapan kamu. Jika aku sudah melakukan kesalahan, tuduhlah aku di hadapan TUHAN dan raja yang dipilih-Nya. Pernahkah aku merampas lembu atau keldai orang lain? Pernahkah aku menipu atau menindas orang lain? Pernahkah aku menerima rasuah daripada orang? Katakanlah, supaya apa saja yang sudah aku ambil dapat kukembalikan.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

3 Di sini aku berdiri. Berikanlah kesaksian terhadap aku di hadapan TUHAN dan di hadapan orang pilihan yang diurapi-Nya: Lembu siapakah yang telah kuambil? Keldai siapakah yang telah kuambil? Siapakah yang pernah kutipu? Siapakah yang pernah kutindas? Daripada tangan siapakah pernah kuterima sogokan yang membuatku tutup mata? Buatlah kesaksian terhadapku dan aku akan mengembalikan kesemuanya kepadamu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Sekarang ini, aku berdiri di hadapan kamu. Jika aku sudah melakukan kesalahan, tuduhlah aku di hadapan TUHAN dan raja yang dipilih-Nya. Pernahkah aku merampas lembu atau keldai orang lain? Pernahkah aku menipu atau menindas orang lain? Pernahkah aku menerima rasuah daripada orang? Katakanlah, supaya apa saja yang sudah aku ambil dapat kukembalikan.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 12:3
29 Iomraidhean Croise  

Aku mematuhi Taurat TUHAN; aku tidak meninggalkan Allahku.


Hapuskanlah semua hutang mereka - wang, atau gandum, atau wain, ataupun minyak zaitun. Kembalikanlah ladang, kebun anggur, kebun zaitun, dan rumah mereka dengan segera!”


yang memberi pinjaman tanpa memungut bunga dan tidak dapat disuap untuk menyalahkan orang yang tidak bersalah. Orang yang melakukan segala itu sentiasa tenteram.


Jangan ingini kepunyaan orang lain: rumahnya, isterinya, abdinya, ternakannya, keldainya atau apa-apa pun miliknya.”


Jangan terima rasuah, kerana rasuah membutakan orang terhadap apa yang benar dan merugikan orang yang tidak bersalah.


Orang yang mencari keuntungan dengan cara haram, menghancurkan keluarga mereka. Orang yang tidak makan suap akan berumur panjang.


Orang yang berdosa itu harus membayar segala yang telah diperolehnya dengan cara yang tidak jujur. Pada hari dia didapati bersalah, dia harus membayar harga sepenuhnya kepada si pemilik, ditambah pula dengan dua puluh peratus.


Musa sangat marah lalu berkata kepada TUHAN, “Janganlah terima apa-apa persembahan daripada mereka. Aku tidak pernah berbuat salah terhadap mereka; bahkan seekor keldai pun tidak pernah aku ambil daripada mereka.”


“Kaisar,” jawab mereka. Oleh itu Yesus berkata kepada mereka, “Jika demikian, berikan apa yang menjadi milik Kaisar kepada Kaisar, dan berikan apa yang menjadi milik Allah kepada Allah.”


Zakheus berdiri dan berkata kepada Yesus, “Guru, saya akan mendermakan separuh daripada harta saya kepada orang miskin. Sesiapa sahaja yang pernah saya tipu, akan saya bayar kembali empat kali ganda!”


Aku tidak pernah mengingini wang atau pakaian sesiapa pun.


Inilah kali ketiga aku siap melawat kamu. Aku tidak mahu membebani kamu, kerana kamulah yang aku inginkan, bukan wang kamu. Anak-anak tidak perlu menyara ibu bapa. Sebaliknya, ibu bapa yang harus menyara anak-anak.


Mereka tidak boleh bersikap curang atau berat sebelah apabila menjalankan penghakiman. Mereka tidak boleh menerima rasuah kerana rasuah membutakan orang, bahkan orang bijak dan jujur sekalipun, sehingga mereka membuat keputusan yang salah.


Kamulah saksi kami, demikian juga Allah. Kelakuan kami suci, benar, dan tidak bercela terhadap kamu yang percaya kepada Kristus.


Kamu tahu bahawa kami tidak datang kepada kamu dengan kata-kata yang mengangkat, ataupun dengan maksud untuk mengambil untung daripada kamu. Allah saksi kami!


supaya kamu menjaga jemaah yang diberikan oleh Allah kepada kamu, seperti gembala menjaga kawanan domba. Jagalah jemaah dengan senang hati sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah. Janganlah lakukan tugas itu dengan berat hati. Jangan lakukan pekerjaan kamu hanya untuk mendapat upah, tetapi lakukannya kerana kamu sungguh-sungguh ingin melakukannya.


Kemudian Samuel mengambil sebuah botol berisi minyak zaitun, lalu menuang minyak itu ke atas kepala Saul. Dia mencium Saul dan berkata, “TUHAN melantik kamu menjadi raja Israel, umat-Nya. Kamu akan memerintah umat-Nya dan melindungi mereka daripada semua musuh. Inilah buktinya bahawa TUHAN sudah melantik kamu sebagai raja umat-Nya:


Semua orang itu menjawab, “Tidak, tuan tidak pernah menipu ataupun menindas kami. Tuan tidak pernah mengambil apa-apa pun kepunyaan orang lain.”


Oleh itu Samuel berkata, “Biarlah TUHAN dan raja yang dipilih-Nya itu menjadi saksi hari ini bahawa kamu menyatakan aku tidak bersalah sedikit pun.” “Ya, benar,” jawab mereka. “TUHAN menjadi saksi kita.”


Aku akan memilih seorang imam yang setia kepada-Ku dan yang melakukan segala perintah-Ku. Aku akan memberi dia keturunan yang sentiasa bertugas sebagai imam kepada raja yang Aku pilih.


Sekarang tuanku mengalami sendiri bahawa di dalam gua tadi, TUHAN telah menyerahkan tuanku kepada hamba. Hamba telah disuruh oleh beberapa orang anak buah hamba untuk membunuh tuanku, tetapi hamba menolak. Hamba menjawab bahawa hamba tidak mahu menyakiti raja yang dipilih oleh TUHAN.


Tetapi setelah itu, Daud berasa bersalah kerana dia telah melakukan hal itu.


Dia berkata kepada anak buahnya, “Semoga TUHAN mencegah aku daripada berbuat jahat terhadap rajaku yang telah dipilih TUHAN. Aku tidak boleh menyakiti raja sedikit pun kerana raja telah dipilih TUHAN.”


Kiranya TUHAN mencegah aku membunuh raja yang dipilih-Nya! Kita ambil tombak dan kendinya saja, lalu pergi dari sini!”


Tetapi Daud berkata, “Janganlah kauapa-apakan baginda! Tentu TUHAN akan menghukum orang yang berbuat jahat kepada raja yang dipilih-Nya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan