Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 12:2 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Mulai sekarang dialah yang akan memimpin kamu. Lihatlah, aku ini sudah tua dan beruban; anak-anakku ada bersama dengan kamu. Aku memimpin kamu lama sekali - sejak masa mudaku sampai sekarang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

2 Maka sekarang raja itulah yang menjadi pemimpinmu; tetapi aku ini telah menjadi tua dan beruban, dan bukankah anak-anakku ada dalam kalangan kamu? Akulah yang menjadi pemimpinmu sejak zaman mudaku sampai hari ini.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Mulai sekarang dialah yang akan memimpin kamu. Lihatlah, aku ini sudah tua dan beruban; anak-anakku ada bersama dengan kamu. Aku memimpin kamu lama sekali - sejak masa mudaku sampai sekarang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 12:2
17 Iomraidhean Croise  

Kini aku sudah tua dan rambutku pun beruban, jangan tinggalkan aku, ya Allah. Sertailah aku semasa aku mengisytiharkan kuasa dan kebesaran-Mu kepada semua keturunan yang akan datang.


seorang yang dapat mengetuai mereka ketika berperang. Jangan biarkan umat-Mu menjadi seperti kawanan domba yang tidak mempunyai gembala.”


Tentang diriku, sudah tiba masanya aku akan mati sebagai korban kepada Allah. Tidak lama lagi aku meninggalkan dunia ini.


Lama selepas itu, TUHAN memberikan keamanan kepada umat Israel; mereka tidak lagi diganggu oleh ancaman musuh di sekitar mereka. Pada waktu itu Yosua sudah sangat tua.


Maka dia mengumpulkan semua orang Israel, termasuk para pemuka, para pemimpin, para hakim, dan para pegawai, lalu Yosua berkata, “Sekarang saya sudah sangat tua.


Aku tahu bahawa tidak lama lagi aku akan meninggalkan dunia ini, kerana Tuhan kita Yesus Kristus telah memberitahu aku dengan jelas.


Eli sudah sangat tua. Dia selalu mendengar aduan tentang perbuatan anak-anaknya terhadap umat Israel. Eli tahu juga bahawa anak-anaknya itu meniduri perempuan-perempuan yang bertugas di pintu Khemah TUHAN.


Tetapi mengapakah engkau masih tamak melihat persembahan dan korban yang dipersembahkan oleh umat-Ku kepada-Ku? Mereka mempersembahkan semuanya kepada-Ku menurut perintah-Ku kepada mereka. Hai Eli, mengapa engkau lebih menghormati anak-anakmu daripada menghormati Aku, dan membiarkan mereka menggemukkan diri dengan bahagian terbaik daripada setiap korban yang dipersembahkan oleh umat-Ku kepada-Ku?


Kemudian TUHAN datang dan berdiri di tempat itu serta memanggil dia lagi, “Samuel! Samuel!” Samuel menjawab, “Berfirmanlah, ya TUHAN. Hamba-Mu mendengar.”


Aku sudah memberitahu dia bahawa Aku akan menghukum keluarganya untuk selama-lamanya, kerana anak-anaknya telah menghina Aku. Eli tahu akan perbuatan mereka itu, tetapi dia tidak melarang mereka.


tetapi Eli memanggil dia, “Samuel, anakku!” “Ya tuan,” sahut Samuel.


Apabila Samuel sudah tua, dia melantik anak-anaknya menjadi hakim di Israel.


Kami mahu menjadi seperti bangsa-bangsa lain. Raja kami akan memerintah kami dan memimpin kami dalam peperangan.”


Tetapi mereka tidak mengikuti teladan bapa mereka. Mereka hanya mencari keuntungan diri sendiri; mereka menerima rasuah dan menghakimi rakyat dengan tidak adil.


Mereka berkata kepadanya, “Dengarlah tuan, tuan sudah tua dan anak-anak tuan tidak menurut teladan tuan. Oleh itu, lebih baik tuan melantik seorang raja bagi kami, supaya kami pun mempunyai seorang raja seperti bangsa-bangsa lain.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan