Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 11:7 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

7 Raja Saul mengambil dua ekor lembu lalu memotong-motongnya menjadi banyak potongan. Kemudian baginda menyuruh beberapa orang membawa potongan-potongan lembu itu ke seluruh negeri Israel dengan perintah, “Sesiapa yang tidak ikut Raja Saul dan Samuel berperang, lembunya akan dipotong-potong seperti ini!” Umat Israel takut akan apa yang mungkin dilakukan TUHAN, maka semua orang, tanpa seorang pun yang terkecuali, maju bersama-sama untuk berperang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

7 Maka dia mengambil sepasang lembu, lantas memotong-motong lembu itu, lalu mengirimkannya ke seluruh daerah Israel dengan perantaraan beberapa orang utusan. Katanya, “Sesiapa yang tidak maju mengikuti Saul dan Samuel, beginilah lembu-lembunya akan diperlakukan.” Rasa takut daripada TUHAN melanda bangsa itu sehingga mereka pun maju dengan serentak.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

7 Raja Saul mengambil dua ekor lembu lalu memotong-motongnya menjadi banyak potongan. Kemudian baginda menyuruh beberapa orang membawa potongan-potongan lembu itu ke seluruh negeri Israel dengan perintah, “Sesiapa yang tidak ikut Raja Saul dan Samuel berperang, lembunya akan dipotong-potong seperti ini!” Umat Israel takut akan apa yang mungkin dilakukan TUHAN, maka semua orang, tanpa seorang pun yang terkecuali, maju bersama-sama untuk berperang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 11:7
8 Iomraidhean Croise  

Pada masa Yakub dan keluarganya berangkat, Allah meliputi penduduk kota-kota di sekitar mereka dengan rasa takut, sehingga mereka tidak mengejar Yakub dan keluarganya.


Selepas itu mereka berjaya memusnahkan kota-kota di sekitar Gerar kerana TUHAN menyebabkan penduduk di situ ketakutan. Tentera Yehuda menjarah semua kota itu dan mendapat banyak sekali barang jarahan.


TUHAN membuat semua kerajaan di sekitar Yehuda takut berperang melawan Raja Yosafat.


Takutlah akan TUHAN, dan bertindaklah dengan hati-hati, kerana TUHAN, Allah kita membenci orang yang curang, atau yang berat sebelah, ataupun yang menerima rasuah.”


Ingatlah bahawa Aku, TUHAN Yang Maha Kuasa adalah suci. Akulah yang harus kamu takuti.


Setibanya di rumah, dia masuk dan mengambil pisau, lalu memotong-motong mayat gundiknya, menjadi dua belas potongan. Kemudian dia mengirim potongan-potongan mayat itu kepada dua belas suku Israel, masing-masing satu potong.


Segenap umat Israel dari Dan di sebelah utara, sampai ke Bersyeba di sebelah selatan, dan juga dari Gilead di sebelah timur, menyahut panggilan itu. Mereka berkumpul sebagai satu umat di hadapan TUHAN di Mizpa.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan