Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 11:6 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

6 Ketika Raja Saul mendengar berita itu, Roh Allah menguasai baginda, lalu baginda menjadi murka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

6 Lalu Saul yang mendengar khabar itu dikuasai oleh Roh Allah dan amarahnya pun menyala-nyala dengan kuatnya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

6 Ketika Raja Saul mendengar berita itu, Roh Allah menguasai baginda, lalu baginda menjadi murka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 11:6
14 Iomraidhean Croise  

Apabila Musa menghampiri perkhemahan lalu melihat patung lembu daripada emas itu dan rakyat menari-nari, dia naik marah. Di situ, di kaki gunung, dia membanting batu-batu tulis yang dibawanya sehingga hancur berkeping-keping.


Musa seorang yang rendah hati, lebih rendah hati daripada sesiapa pun di bumi.


Yesus marah ketika memandang semua orang di situ, dan Dia juga sedih, kerana mereka terlalu keras kepala. Lalu Yesus berkata kepada orang itu, “Hulurkanlah tanganmu.” Orang itu menghulurkan tangannya lalu tangannya pun sembuh.


Jika kamu marah, janganlah biarkan kemarahan itu menyebabkan kamu berdosa. Janganlah marah sepanjang hari.


Pada saat itu Roh TUHAN menguasai Yefta. Kemudian Yefta menjelajah seluruh Gilead dan Manasye, lalu kembali ke Mizpa di Gilead. Dari sana dia pergi ke Amon.


Kuasa TUHAN mula menguatkan dia ketika dia di Perkhemahan Dan, yang terletak di antara Zora dan Esytaol.


Tiba-tiba Simson menjadi kuat oleh kuasa TUHAN. Lalu Simson mencabik-cabikkan singa itu dengan tangannya, seolah-olah binatang itu hanya seekor anak kambing. Simson tidak memberitahu perkara itu kepada ibu bapanya.


Apabila mereka sampai di Lehi, orang Filistin berlari mendatangi Simson sambil berteriak kepadanya. Tiba-tiba Simson menjadi kuat oleh kuasa TUHAN, lalu dia memutuskan tali yang mengikat lengan dan tangannya, seolah-olah tali itu benang terbakar.


Roh TUHAN menguasai Otniel, dan dia menjadi pemimpin umat Israel. Otniel pergi berperang, dan TUHAN memberi dia kemenangan atas raja Mesopotamia.


Roh TUHAN menguasai Gideon, dan Gideon meniup trompet untuk memanggil orang daripada puak Abiezer supaya mengikut dia.


Ketika Saul dan hambanya tiba di Gibea, Saul ditemui oleh sekumpulan orang nabi. Pada saat itu juga Roh Allah menguasai Saul, lalu dia mengikut nabi-nabi itu menari dan berteriak.


Pada saat itu juga Roh TUHAN akan menguasai kamu, dan kamu akan diberikan sifat baru, lalu kamu akan mengikut mereka menari-nari dan berteriak-teriak.


Samuel mengambil minyak zaitun, lalu melantik Daud dengan melumuri kepala Daud dengan minyak di hadapan semua abang Daud. Ketika itu juga Roh TUHAN menguasai Daud dan menyertai dia sejak hari itu. Kemudian Samuel pulang ke Rama.


Roh TUHAN meninggalkan Raja Saul, dan baginda diseksa oleh roh jahat yang disuruh oleh TUHAN.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan