Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 11:1 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Kemudian Raja Nahas, raja negeri Amon, mengerah tenteranya lalu mengepung kota Yabes di kawasan Gilead. Penduduk Yabes mengajukan cadangan kepada Raja Nahas, “Buatlah perjanjian dengan hamba sekalian, maka hamba semua akan menerima raja sebagai pemerintah hamba sekalian.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

1 Kemudian Nahas, orang Amon itu, bergerak maju dan berkhemah mengepung Yabesh-Gilead. Lalu berkatalah semua orang Yabesh itu kepada Nahas, “Ikatlah perjanjian dengan kami, maka kami akan takluk kepada tuan.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Kemudian Raja Nahas, raja negeri Amon, mengerah tenteranya lalu mengepung kota Yabes di kawasan Gilead. Penduduk Yabes mengajukan cadangan kepada Raja Nahas, “Buatlah perjanjian dengan hamba sekalian, maka hamba semua akan menerima raja sebagai pemerintah hamba sekalian.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 11:1
23 Iomraidhean Croise  

Mereka menjawab, “Sekarang kami tahu bahawa TUHAN melindungi tuan, lalu kami fikir lebih baik kita mengadakan perjanjian. Bersumpahlah


Beberapa waktu kemudian Raja Nahas dari Amon, mangkat. Lalu baginda digantikan oleh Hanun, puteranya.


Raja Daud bertitah, “Raja Nahas ialah sahabat beta yang setia. Oleh itu beta juga harus bersahabat dengan Raja Hanun puteranya.” Maka Raja Daud mengirim beberapa orang utusan untuk menyampaikan takziah kepada Raja Hanun. Apabila utusan-utusan itu tiba di Amon,


Ketika Raja Daud tiba di Mahanaim, baginda disambut oleh Sobi anak Nahas dari kota Raba di Amon, dan oleh Makhir anak Amiel dari Lodebar, dan oleh Barzilai dari Rogelim di Gilead.


Raja Daud mengirim utusan ke sana dengan pesan, “Semoga TUHAN memberkati kamu kerana menunjukkan kesetiaan terhadap raja kamu dengan memakamkan jenazah baginda.


Raja Benhadad bertitah kepadanya, “Kota-kota yang dahulu direbut oleh ayahanda beta daripada ayahanda tuanku, akan beta kembalikan kepada tuanku. Tuanku boleh mendirikan pusat perdagangan di Damsyik seperti yang dahulu didirikan oleh ayahanda beta di Samaria.” Raja Ahab menjawab, “Dengan syarat-syarat ini beta akan membebaskan raja.” Mereka membuat satu persetujuan, lalu Raja Ahab membenarkan Raja Benhadad berangkat.


Apabila penduduk Yabes di Gilead mendengar apa yang telah dilakukan orang Filistin terhadap Raja Saul,


beberapa orang antara mereka yang paling berani pergi mengambil jenazah Raja Saul dan putera-puteranya. Mereka membawa jenazah-jenazah itu ke Yabes, dan mengebumikan jenazah-jenazah itu di bawah pokok besar. Kemudian mereka berpuasa selama tujuh hari.


Mungkinkah Lewiatan membuat persetujuan dengan engkau, dan berjanji melayan engkau selalu?


Jangan buat perjanjian dengan mereka ataupun dengan tuhan-tuhan mereka.


Jangan dengarkan Raja Hizkia. Raja Asyur memerintahkan kamu supaya keluar dari kota dan menyerah diri. Kamu semua akan dibenarkan makan buah anggur dari pokok anggur kamu sendiri, dan buah ara dari pokok ara kamu sendiri, dan minum air dari perigi kamu sendiri,


Sementara itu, semua orang Israel di negeri Moab, Amon, Edom, dan negeri-negeri lain mendengar bahawa raja Babilonia telah membenarkan sesetengah orang Israel tinggal di Yehuda, dan bahawa raja itu telah melantik Gedalya menjadi gabenor mereka.


dan berkata kepadanya, “Tidakkah tuan tahu bahawa Raja Baalis dari Amon, telah mengutus Ismael untuk membunuh tuan?” Tetapi Gedalya tidak percaya.


Dia membawa salah seorang anggota keluarga raja dan membuat perjanjian dengannya, lalu menyuruh dia bersumpah setia kepadanya. Raja Babilonia menawan pemimpin-pemimpin Yerusalem


Orang Amon dan orang Moab serta keturunan mereka sampai kepada generasi yang kesepuluh, tidak boleh menjadi umat TUHAN.


Oleh itu TUHAN murka terhadap umat Israel. Dia membiarkan orang Filistin dan orang Amon mengalahkan mereka.


Tidak berapa lama kemudian umat Israel diserang oleh orang Amon.


Apabila mereka bertanya sama ada masih ada puak di kalangan segenap umat Israel yang tidak ikut beribadat kepada TUHAN di Mizpa, mereka mendapati bahawa tidak seorang pun daripada puak Yabes di Gilead pergi ke Mizpa.


Tetapi apabila kamu tahu bahawa Raja Nahas dari Amon itu hendak menyerang kamu, kamu menolak TUHAN sebagai raja kamu. Kamu berkata kepadaku, ‘Kami mahu seorang raja untuk memerintah kami.’


Setelah Raja Saul menjadi raja Israel, baginda berperang dengan semua musuhnya di mana-mana: orang Moab, Amon, dan Edom; raja negeri Zoba dan orang Filistin. Di mana sahaja Raja Saul berperang, baginda selalu menang.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan