Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Samuel 10:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Samuel berkata lagi, “Dari situ, teruskanlah perjalananmu sehingga kamu sampai ke pokok tempat ibadat di Tabor. Di sana kamu akan bertemu dengan tiga orang lelaki yang sedang pergi ke Betel untuk mempersembahkan korban kepada Allah. Seorang daripada mereka menggiring tiga ekor anak kambing, seorang lagi membawa tiga ketul roti, dan seorang lagi membawa kirbat kulit yang penuh dengan wain.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

3 Dari sana engkau akan berjalan terus lagi dan sampai ke pokok oak di Tabor, maka di sana engkau akan ditemui oleh tiga orang lelaki yang naik menghadap Allah di Betel; seorang membawa tiga ekor anak kambing, seorang membawa tiga ketul roti dan yang ketiga membawa sekantung kulit berisi air anggur.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Samuel berkata lagi, “Dari situ, teruskanlah perjalananmu sehingga kamu sampai ke pokok tempat ibadat di Tabor. Di sana kamu akan bertemu dengan tiga orang lelaki yang sedang pergi ke Betel untuk mempersembahkan korban kepada Allah. Seorang daripada mereka menggiring tiga ekor anak kambing, seorang lagi membawa tiga ketul roti, dan seorang lagi membawa kirbat kulit yang penuh dengan wain.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Samuel 10:3
22 Iomraidhean Croise  

Dia menamakan tempat itu Betel. (Dahulu nama tempat itu Lus.)


Batu peringatan yang sudah aku tegakkan ini akan menjadi tempat Engkau disembah dan aku akan memberi Engkau sepersepuluh daripada segala sesuatu yang Engkau berikan kepadaku.”


Pada suatu hari Allah berfirman kepada Yakub, “Akulah Allah yang menampakkan diri kepadamu ketika engkau lari daripada abangmu, Esau. Pergilah ke Betel dengan segera. Tinggallah di sana dan binalah sebuah mazbah bagi-Ku.”


Bumi dan langit milik-Mu, dunia dan segala isinya ciptaan-Mu;


Tepat seperti yang telah difirmankan TUHAN, Hanameel datang kepadaku di halaman istana, dan minta supaya aku membeli tanahnya. Dengan itu yakinlah aku bahawa TUHAN benar-benar telah berfirman kepadaku.


Jika orang itu mempersembahkan salah seekor domba atau kambingnya, binatang itu harus jantan dan tidak ada cacat.


Bersama dengan korban itu, kamu harus mempersembahkan dua kilogram tepung terbaik yang bercampur minyak zaitun sebagai persembahan makanan. Bau korban itu menyenangkan hati TUHAN. Bersama dengan korban itu, persembahkan juga satu liter wain.


Jika seseorang mempersembahkan seekor kambing, dia harus membawa kambing itu ke Khemah TUHAN.


Jika yang dipersembahkan bagi korban untuk memohon berkat TUHAN itu, domba atau kambing, bolehlah binatang itu jantan atau betina, tetapi tidak boleh ada kecacatan.


Di samping itu, dia harus mempersembahkan roti yang dibuat dengan ragi.


Di sebelah lain kota Sarid, sempadan itu menghala ke timur ke sempadan Kislot-Tabor, lalu ke Dobrat dan naik ke Yafia.


Sempadan itu juga menyentuh sempadan kota Tabor, Sahazima, Bet-Semes dan berakhir di Sungai Yordan; semuanya enam belas buah kota bersama dengan pekan-pekan di sekelilingnya.


Umat Israel pergi ke tempat ibadat di Betel dan bertanya kepada Allah, “Suku manakah yang patut mula-mula menyerang orang Benyamin?” TUHAN menjawab, “Suku Yehuda.”


Pada masa itu Tabut Perjanjian Allah terletak di Betel, dan Pinehas anak Eleazar, cucu Harun bertugas sebagai imam. Kemudian umat Israel bertanya kepada TUHAN, “Haruskah kami berperang lagi dengan suku Benyamin, saudara kami itu? Atau haruskah kami menghentikan pertempuran ini?” TUHAN menjawab, “Berperanglah! Esok Aku akan memberi kamu kemenangan atas mereka.”


Apabila Sisera mendengar bahawa Barak anak Abinoam telah pergi ke Gunung Tabor,


Pada suatu hari, Debora menyuruh orang memanggil Barak anak Abinoam dari kota Kedes di wilayah Naftali. Debora berkata kepadanya, “TUHAN, Allah Israel telah memberikan perintah ini kepadamu, ‘Kerahlah sepuluh ribu orang daripada suku Naftali dan suku Zebulon, dan pimpinlah mereka ke Gunung Tabor.


Selepas itu Gideon bertanya kepada Zebah dan Salmuna, “Bagaimanakah rupa orang yang kamu bunuh di Tabor itu?” Mereka menjawab, “Rupa mereka mirip kamu, seperti keturunan bangsawan.”


Mereka akan memberikan salam kepadamu dan memberi kamu dua ketul roti yang harus kamu terima.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan